Jika benar, bermakna Huawei telah melanggar sekatan yang dikenakan terhadap Korea Utara.
Pendedahan terbaru berkaitan Huawei menerusi dokumen yang diperolehi oleh pihak The Washington Post mendapati syarikat telekomunikasi China itu telah membantu membangunkan rangkaian teknologi tanpa wayar di negara Korea Utara.
Dokumen tersebut mendedahkan Huawei telah bekerjasama dengan firma Panda International Information Technolog yang dimiliki kerajaan China bersama membangunkan rangkaian tanpa wayar untuk kerajaan Korea Selatan sejak lebih 8 tahun yang lalu.
Berikut adalah petikan dari laporan oleh Washington Post:-
"According to a 2008 contract, Panda would transport Huawei equipment to Dandong, a town in northeastern China known for cross-border trade. From there, it would be taken by rail into Pyongyang.
Internal documents show that Huawei has done business with a separate Chinese company, Dandong Kehua, which in November 2017 was sanctioned by the U.S. Treasury Department for exporting and importing goods to and from North Korea — trade seen by U.S. officials as financing Pyongyang’s nuclear and ballistic missile programs. Dandong Kehua has not publicly addressed the sanctions."
Jika laporan di dalam dokumen yang didedahkan itu benar, ini bermakna pihak Huawei telah melanggar sekatan terhadap hukuman berat yang dikenakan pada kerajaan Korea Utara.
Panda International Information Technology merupakan syarikat yang telah disenarai hitam oleh A.S sejak 2014 lagi tetapi mereka tiada sebarang kena mengena atau kepentingan urusan dengan A.S.
Sebaliknya Huawei pula yang banyak berurusan dengan syarikat-syarikat dari A.S hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sedang dihadapi mereka setelah masih kekal disenarai hitam oleh Jabatan Perdagangan A.S.
Walaubagaimanapun, setakat ini belum diketahui setakat mana Huawei memainkan peranan mereka dalam pembangunan teknologi tanpa wayar di Koera Utara.
Susulan daripada laporan oleh pihak Washington Post itu, wakil dari pihak Huawei menafikan dakwaan terbaru ini bahawa mereka telah melakukan kerja-kerja di dalam Korea Utara. Mereka menegaskan bahawa mereka tiada sebarang urusan perniagaan di dalam negara Komunis tersebut.
Sekadar makluman, 2 tahun lalu Presiden Trump pernah mengancam untuk mengebom Korea Utara sekaligus menghapuskan negara komunis itu dari peta dunia.
Tetapi kini, sejak Trump bertemu dengan Kim Jong Un, pemimpin diktator negara itu beberapa kali, beliau berkata "We fell in love"
Sumber: Gizmodo dan CNBC
Berkaitan
- Huawei Tidak Lagi Menggunakan Komponen Dari A.S Dalam Produk Mereka
- Huawei Melancarkan Papan Kekunci Peranti Pintar Mereka Sendiri Yang Dinamakan Celia
- Huawei Akan Perkenalkan Pesaing Kepada Cip Audio Apple H1
- Huawei Dilaporkan Terpaksa Membatalkan Pelancaran Model Terbaru Komputer Riba Mereka Di CES Asia 2019
- Tempahan EV Dapat Lambat, Huawei Akan Bayar Pelanggan ~RM132/hari
- Buat Panggilan Dan Dengar Lagu Dari Jam Pintar HUAWEI WATCH 3
- Rakyat China Menyalahkan Apple Dan Terus Menyokong Huawei
- CEO Huawei Menyatakan, Pengaplikasian HongmengOS Adalah Lebih Meluas Berbanding Android
- Huawei Dilaporkan Telah Bersedia Melancarkan Hongmeng
- Bakal Lancar Fon Telinga TWS Terbaru, Huawei Ajak Sertai Peraduan “Teka & Menang”