Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Dilaporkan Terpaksa Membatalkan Pelancaran Model Terbaru Komputer Riba Mereka Di CES Asia 2019

Huawei Dilaporkan Terpaksa Membatalkan Pelancaran Model Terbaru Komputer Riba Mereka Di CES Asia 2019

Diterbitkan Jun 12, 2019 · Dikemas kini Jun 12, 2019 oleh ariff bukhari

Keputusan tersebut terpaksa diambil selepas mereka disenarai hitam oleh kerajaan A.S.

Dilaporkan pelancaran model terbaru komputer riba Huawei yang dirancang akan diperkenalkan di pameran CES Asia 2019 yang akan berlangsung di Shanghai, China telah dibatalkan oleh pihak Huawei.

Ia dinyatakan sendiri oleh CEO of Huawei’s consumer business, Richard Yu kepada pihak CNBC…

“We cannot supply the PC,”

Pembatalan tersebut terpaksa dibuat selepas Huawei telah disenarai hitam yang melarang mereka melakukan sebarang urusan perniagaan bersama pembekal dari A.S.

Huawei telah diletakkan sebagai “entity list” oleh kerajaan A.S yang membawa maksud mana-mana syarikat dari A.S yang mahu berurusan dengan syarikat teknologi dari China, mereka perlulah mendapatkan kebenaran dari kerajaan terlebih dahulu.

Apabila ditanya oleh CNBC adakah pelancaran model terbaru komputer riba mereka akan tetap dilancarkan, Richard Yu berkata…

“…depends on how long the entity list will be there.”

Komputer riba Huawei menggunakan sistem operasi Windows yang dibangunkan oleh Microsoft. Jadi kesannya, Huawei telah disekat daripada mengakses sistem operasi tersebut serta berurusan dengan pembekal cip pemprosesan Intel yang berasal dari A.S.

Sekaligus menyebabkan Huawei terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan pelancaran model terbaru komputer riba mereka buat masa ini. Pembatalan ini juga menjadikan komputer riba Huawei sebagai produk mereka yang pertama dibatalkan pelancarannya kesan daripada krisis sekatan oleh A.S ke atas mereka.

Huawei dikhabarkan telah pun membangunkan sendiri sistem operasi untuk telefon pintar mereka bagi menggantikan sistem Andorid dari Google. Jika keadaan ini terus berterusan yang memberikan kesan buruk terhadap barisan produk komputer mereka pula, Huawei nampaknya terpaksalah mencari penyelesaian alternatif.

Atau mungkin juga pihak Huawei secara diam-diam telah pun mula membangunkan versi sistem operasi bagi komputer keluaran mereka yang mampu menggantikan sistem operasi Windows. Siapa tahukan…

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY