Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

A.S Menuduh Huawei Menawarkan Bonus Kepada Pekerja Yang Berjaya Mencuri Rahsia Firma Pesaing Mereka

Posted on Februari 14, 2020Februari 14, 2020

Huawei dan syarikat berkaitannya kini dituduh berkonspirasi di bawah akta RICO.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (D.O.J) telah menuduh Huawei menawarkan bonus kepada pekerja mereka yang dapat mencuri rahsia sulit syarikat pesaingnya.

Tuduhan ini adalah kesinambungan daripada dakwaan yang hampir sama dibuat A.S ke atas Huawei pada awal tahun lalu.

Untuk tuduhan terbaru ini, defendan yang dinamakan oleh D.O.J adalah Huawei Device Co. Ltd. (Huawei Device), Huawei Device USA Inc. (Huawei USA), Futurewei Technologies Inc. (Futurewei), Skycom Tech Co. Ltd. (Skycom) dan Ketua Pegawai Kewangan Huawei (CFO), Wanzhou Meng (Meng).

Mereka didakwa berkonspirasi dan melanggar akta Racketeer Influenced and Corrupt Organizations Act (RICO).

D.O.J dalam pertuduhannya itu mendakwa, Huawei didapati secara salah telah melanggar perjanjian dan terma serta menggunakan pelbagai metod seperti menggunakan proksi bagi memperoleh teknologi dan harta intelek syarikat pesaingnya.

“Huawei’s efforts to steal trade secrets and other sophisticated U.S. technology were successful.” D.O.J.

Malah Huawei juga didakwa menawarkan ganjaran bonus kepada pekerja yang mereka yang berjaya memperoleh info sulit pesaing mereka.

“As part of the scheme, Huawei allegedly launched a policy instituting a bonus program to reward employees who obtained confidential information from competitors.  The policy made clear that employees who provided valuable information were to be financially rewarded.” D.O.J.

D.O.J juga menyatakan bahawa pihak defendan hanya mengulang penafian yang sama ke atas pertuduhan dikenakan ke atas mereka.

Setakat ini, belum ada sebarang respon dari Huawei bagi menjawab terhadap pertuduhan baru ini.

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress