Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI Mate Xs 5G

HUAWEI Mate Xs 5G Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada 20 Mac 2020

Diterbitkan Februari 25, 2020 oleh ariff bukhari

Peranti pintar boleh lipat dengan capaian 5G pertama di Malaysia.

Huawei hari ini telah pun memperkenalkan model terbaru Mate Xs 5G yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 990 5G.

Peranti boleh lipat generasi terbaru Huawei ini adalah model kedua dalam siri Mate X. Huawei mendakwa, Mate Xs 5G didatangkan dengan engsel dan kualiti binaan yang lebih baik.

Saiz penuh bukaan skrin OLED Mate Xs 5G adalah bersaiz 8 inci dengan resolusi 2490 x 2200 pixel.

Hanya satu model sahaja Huawei Mate Xs 5G ditawarkan yang dilengkapi dengan RAM berkapasiti 8GB dan storan terbina dalam 512GB serta slot storan kad microSD.

Huawei Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa Mate Xs 5G secara rasmi akan ditawarkan kepada pengguna di Malaysia pada 20 Mac 2020 ini.

Walaubagaimanapun, setakat ini belum ada tanda harga rasmi diumumkan untuk peranti tersebut.

Kemasukan Huawei Mate Xs 5G ke dalam pasaran Malaysia bakal menjadikannya sebagai telefon pintar boleh lipat dengan capaian 5G yang pertama di Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY