Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penstrim Twitch Terkenal, Shroud ‘Diharamkan’ Selama 30 Hari

Penstrim Twitch Terkenal, Shroud ‘Diharamkan’ Selama 30 Hari

Diterbitkan Julai 12, 2018 oleh Wiser MY

Michael “Shroud” Grzesiek atau dikenali dengan nama in-game Shroud dilaporkan telah diharamkan oleh PUBG setelah didapati melanggar peraturan di dalam permainan. Dia yang terkenal di kalangan pemain PUBG telah diletakkan bersama penggodam di dalam satu pasukan.

Bagi mereka yang tidak memahami bagaimana permainan PUBG dimainkan, setiap sesi permainan, setiap orang akan diberi pilihan untuk bermain seorang diri, duo atau 4 orang sepasukan. Objektif permainan adalah untuk kekal hidup sehingga anda atau pasukan anda menjadi orang terakhir hidup.

Shroud yang menjadi penstrim popular di platform Twitch telah diletakkan bersama-sama pemain yang menggodam permainan tersebut. Contoh jelas apabila penggodam tersebut menggunakan kenderaan terbang dan boleh melihat di mana pemain lain berada walaupun pemain itu berada di dalam banggunan.

https://youtu.be/ukssb3m4_oo

Shroud sedar dia akan diambil tindakan oleh PUBG untuk situasi tersebut dan dia sudah menjelaskan bagaimana pihak PUBG masih gagal menghalang pemain/penggodam dari merosakkan masa bermain pemain lain di dalam permainan.

Dia bagaimanapun menganggap sesi tersebut sebagai sesi terbaik yang pernah dimainkannya selama ini. Shroud dilarang untuk bermain PUBG selama sebulan oleh Bluehole.

Peminat memberikan reaksi bercampur terhadap perkara tersebut. Ada yang beranggapan ‘pengharaman’ ini adalah sementara memandangkan Shroud adalah selebriti terkenal di kalangan penonton Twitch.

Pemain dari Kanada ini juga pernah menganggotai pasukan Cloud9 dalam permainan CS:GO dan dianggap pemain lagenda oleh peminat CS:GO

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY