Penstabilan Imej Optikal VS Penstabilan Imej Elektronik

Penstabilan imej di dalam kamera telefon pintar diwujudkan bagi membantu pengguna-pengguna mendapatkan gambar yang jelas. Imej boleh menjadi kabur kerana berpunca dari getaran atau gerakan kecil kamera semasa mengambil gambar.

Kebanyakkan jenama-jenama telefon pintar terkemuka dunia mempunyai fungsi penstabilan imej samada dari segi optikal mahupun elektronik. Apa beza antara dua perkara tersebut?

Penstabilan Imej Optikal (OIS)

Di dalam ruang OIS, lensa sensor akan diletakkan pada kedudukan selari dengan kedudukan subjek. Semuanya dilakukan dengan meletakkan sensor gyro, sensor yang boleh mengesan sebarang gerakan kecil dan menghantar maklumat tersebut kepada microcontrollerMircrocontroller kemudian akan memproses maklumat tersebut seterusnya melakukan sebarang perubahan yang perlu kepada kedudukan lensa.



Semua proses ini berlaku sebelum pengguna menekan butang shutter bagi mengambil gambar. Hasilnya, kualiti gambar menjadi lebih 'asli' dan juga tidak memerlukan pengubahsuaian yang besar.

Nokia membuat telefon pertama dengan sensor optikal terbina di dalam dengan pengenalan Nokia Lumia 920.

Penstabilan Elektronik Imej

Penstabilan elektronik imej (EIS) pula berfungsi dengan cara berbeza dengan OIS. Ini kerana EIS mula memainkan peranan apabila subjek sudah ditangkap dan berlaku semasa memproses imej terrsebut di dalam isyarat digital.

Gambar akan diambil dalam beberapa bingkai dan cip pemprosesan EIS akan membandingkan beberapa bingkai gambar ini dan mengesan sebarang gerakan yang tidak diperlukan seterusnya menghasilkan gambar terakhir.

Kelebihan dan Kekurangan 

Kelebihan utama untuk OIS adalah imej yang diambil lebih asli dan tiada penambahbaikan yang perlu dilakukan kerana sebarang perubahan dilakukan sebelum imej diproses.

Tetapi dengan bahagian mekanikal yang diperlukan di dalam ruang kamera menjadikan faktor penggunaan bateri dan juga berat yang ditambah menjadi isu yang dibincangkan semasa proses rekaan peranti.

EIS pula menjadi pilihan popular kerana faktor kos yang murah dan juga mudah untuk dilaksanakan semasa rekaan telefon pintar. EIS bagaimanapun tidak boleh berfungsi dengan baik jika berada di dalam keadaan kurang cahaya.

Jadi mana satu untuk anda?

Untuk telefon pintar dengan kamera beresolusi tinggi, EIS sudah memadai untuk sistem kamera utama peranti anda tetapi mungkin tidak boleh berprestasi cemerlang untuk keadaan kurang cahaya berbanding sistem yang menggunakan OIS.

Sumber