Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ninja van

Penjual Penstriman Langsung Di Malaysia Lebih Tinggi Berbanding Negara Asia Tenggara Lain – Ninja Van

Diterbitkan Januari 12, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam laporan kertas putih pertama terbitannya, syarikat logistik terkemuka – Ninja Van Malaysia melaporkan sebanyak 40% penjual penstriman langsung di Malaysia menjalankan sesi penjualan mereka setiap hari.

Peratusan itu sekaligus menunjukkan ia adalah lebih tinggi berbanding negara jiran seperti Singapura (17%), Indonesia (23%) dan Vietnam (27%).

Malah 47% penjual penstriman langsung di Malaysia menjalankan setiap sesi jualan sehingga selama 2 jam.

Sementara platform jualan penstriman langsung yang paling popular dalam kalangan penjual di Malaysia pula adalah Shopee, Facebook dan TikTok.

Berkaitan

  • TNG eWallet Kerjasama Dengan Fave Tawar 'Cashback' Hingga 15%, Ini Caranya
  • Hanya Tunjuk Pada Juruwang, Ini 20 Kupon Promosi Burger King Sampai 26 Januari 2023
  • Pengguna Windows 7 Terima Kemas Kini Terakhir Sebelum Ditamatkan Sepenuhnya Hari Ini

Data terkumpul itu adalah berdasarkan daripada lebih 1,000 penjual e-dagang Ninja Van di seluruh Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, dan Vietnam.

Ninja Van Malaysia berkata, Jualan Penstriman Langsung ialah satu taktik pemasaran yang menarik bagi penjual e-dagang.

Malah dalam laporan mereka menyatakan, walaupun ia masih baru, pertambahan bilangan platform Jualan Penstriman Langsung menunjukkan trend baharu yang membentuk masa depan e-dagang ini akan berkekalan dan kini semakin menjadi tumpuan para penjual.

Sumber: Media Ninja Van Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY