Ikuti kami di media sosial

Berita

Ini Sebab Polis Tidak Boleh Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Secara Rambang

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Sepertimana yang dilaporkan sebelum ini, isu mengenai PDRM mempunyai hak untuk memeriksa telefon bimbit orang awam secara rambang telah menimbulkan persoalan dan mengundang kekeliruan pada umum.

Lanjutan daripada itu, pihak Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan penjelasan berkaitan perkara tersebut. Menurut KDN, PDRM hanya boleh meminta atau merampas telefon bimbit milik orang yang disyaki dan yang terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan. Dinyatakan juga ia tidak boleh dilakukan secara rambang pada orang awam.

Menjelaskan lagi perkara ini, langkah pemeriksaan tersebut dilakukan sekiranya individu tersebut melakukan jenayah dibawah peruntukan undang-undang seperti berikut:

  • Kanun Keseksaan [Akta 574];
  • Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588];
  • Akta Hasutan 1948 [Akta15];
  • Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747];
  • Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta570]; atau
  • Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769].


Untuk makluman, jika dirasakan terdapat salah laku yang berkaitan dengan perkara ini, orang ramai boleh membuat aduan di Cawangan Pengurusan Aduan, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular