Ikuti kami di media sosial

Berita

Polis Punyai Hak Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam – Timbalan Menteri Dalam Negeri

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Penjelasan dari pihak Kementerian Dalam Negeri mengenai perkara ini – Penjelasan KDN Mengenai Isu PDRM Berhak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam

Pada sesi jawab lisan Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menyatakan polis mempunyai hak untuk memeriksa telefon bimbit orang awam.

Ini adalah bertujuan untuk memastikan tiada komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.

“Melalui seksyen ini mana-mana pegawai polis boleh mengambil tindakan dengan menyemak apa-apa kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian termasuklah telefon bimbit milik orang yang disyaki melakukan kesalahan dibawah seksyen ini..” jelas Mohd Azis.

-- Iklan --


Menurut beliau lagi, tindakan menyemak itu dibenarkan berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Walaubagaimanapun, jika terdapat pelanggaran SOP oleh pihak polis semasa semakan rambang dilakukan, orang ramai punyai hak termasuklah meminta identiti pegawai polis yang melakukan pemeriksaan.

Mohd Azis juga menegaskan, orang ramai perlu tahu hak mereka dan sekiranya pihak polis yang menjalankan pemeriksaan tersebut tidak menuruti SOP yang ditetapkan, laporan boleh dibuat di mana-mana balai polis berhampiran atau di Bukit Aman.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular