Penjadualan Mod Gelap Bakal Hadir Pada Android R Kelak

Android 10 secara rasminya telah memperkenalkan mod gelap secara terbina. Ia akan menyenangkan penglihatan ketika malam dan juga menjimatkan bateri pada paparan OLED.

Ketika Android 10 masih beta, Google menyertakan fungsi penjadualan mod gelap. Namun fungsi itu tidak disertakan pada versi Android 10 akhir. Menurut Google, mereka tidak menyertakan fungsi itu kerana ia boleh mengganggu pengalaman pengguna menggunakan peranti. Ini adalah kerana disebabkan penjadualan mod gelap, aplikasi akan tiba-tiba refresh sendiri jika waktunya sudah tiba.

Namun, fungsi itu bakal hadir semula pada Android R melalui komen pada Google Issue Tracker. Itupun selepas mendengar keluhan dari beberapa pengguna yang mahukan fungsi tersebut diadakan semula.



Fungsi ini walau bagaimanapun boleh juga didapati melalui aplikasi pihak ketiga jika anda tidak mahu menunggunya secara rasmi pada Android R.

Sumber: xdadevelopers, Google Issue Tracker