5 Telco Di Malaysia Telah Terima Band Spektrum Yang Akan Digunakan Untuk Rangkaian 5G

Awal tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti band spektrum 700MHz, 3.5GHz, dan 26/28GHz yang akan digunakan untuk frekuensi rangkaian 5G. Untuk rangkaian 700MHz dan 3.5GHz, sebelum ini telah diumumkan bahawa pengagihan frekuensi tersebut akan dilakukan secara bidaan untuk mana-mana syarikat telekomunikasi yang berminat.

Namun, baru-baru ini secara mengejut, tiada bidaan yang dilakukan sebaliknya ia telah diagihkan kepada 5 syarikat telekomunikasi untuk band 700Mhz. Menurut laporan dari Malaysian Wireless. Pengagihan ini merupakan arahan dari Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) yang diberikan kepada syarikat-syarikat tersebut:

  • Digi: 703MHz - 713MHz dengan 758MHz - 768MHz (Jumlah 20Mhz)

  • Altel: 713MHz  - 718MHz dengan 768MHz - 773MHz (Jumlah 10Mhz)

  • Telekom Malaysia: 718MHz - 723MHz dengan 773MHz - 778MHz (Jumlah 10Mhz)

  • Celcom Axiata: 723MHz - 733MHz dengan 778MHz - 788MHz (Jumlah 20Mhz)

  • Maxis Broadband: 733MHz - 743MHz dengan 788MHz - 798MHz (Jumlah 20Mhz)


Selain dari itu, Altel juga diperuntukkan tambahan 10Mhz frekuensi oleh KKMM iaitu 880MHz - 885MHz dengan 925Mhz - 930MHz. Apa yang menarik tentang pengagihan ini adalah syarikat utama lain seperti U Mobile ataupun Tune Talk tidak menerima sebarang band spektrum.

Dengan pengagihan spektrum 5G kepada syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan ini, janji MCMC untuk mengkomersilkan rangkaian 5G kepada pengguna awam pada suku ketiga tahun ini mungkin akan lebih cepat untuk menjadi realiti.

Sumber: Malaysian Wireless

 

Berkaitan