Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pra-Tempah PS5 Didakwa Terhad Satu Unit Sahaja Untuk Satu Orang

Pra-Tempah PS5 Didakwa Terhad Satu Unit Sahaja Untuk Satu Orang

Diterbitkan Julai 21, 2020 oleh Meor Hasyim

Mahu berita pasal PS5 lagi? Kali ini mengenai pra-tempah PS5 pula. Dikatakan anda hanya boleh membuat pra-tempah konsol tersebut satu sahaja untuk setiap orang.

Melalui kod yang terdapat dalam laman web Playstation Direct, telah dijumpai beberapa maklumat mengenai pra-tempahan PS5. Terdapat teks yang bertulis ‘anda tidak boleh membuat pra-tempah lebih dari satu unit’.

“You can only purchase one version of the PS5 Console: Disc or Digital. You have already added one PS5 console to your cart.”

Pra-Tempah PS5 Didakwa Terhad Satu Unit Sahaja Untuk Satu Orang

Mungkin kelihatan tidak signifikan namun ini dilihat sebagai kaedah Sony untuk menghalang pemborong awal yang membeli secara pukal untuk dijual semula.

Apa yang penting, stok jualan PS5 akan sedikit ‘terjaga’ supaya lebih ramai orang dapat membuat pra-tempahan. Namun, dari aspek lain, ia boleh juga dilihat sebagai langkah membuat had pembelian disebabkan stok PS5 yang dijual terhad.

Walau apapun alasannya, ia merupakan strategi menarik PS5 dalam melaksanakan jualan konsol mereka. Buat masa ini, Sony belum lagi mengumumkan tarikh rasmi pra-tempahan konsol PS5 mereka.

Sumber: resetera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY