Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme watch s

realme Watch S Diperkenalkan Dengan Rekaan Bulat Dan Pemantauan Oksigen Darah

Diterbitkan November 4, 2020 oleh Meor Hasyim

realme membuat kemunculan pertama dengan produk jam penjejak kesihatan iaitu realme Watch pada Mei lalu. Kini, realme memperkenalkan satu lagi jam terbaharu iaitu realme Watch S.

realme Watch S mempunyai rekaan berbeza dengan realme Watch kerana ia menggunakan rekaan skrin bulat. Resolusinya juga adalah lebih tinggi pada 360 x 360 pixel dengan ukuran 1.3 inci.

realme watch s

Skrin ini juga bertindak balas dengan cahaya membuatkannya lagi jelas jika menerima cahaya lebih terang.

Kerangka realme Watch S diperbuat dari aloi aluminium yang berbeza dari plastik pada realme Watch sebelum ini. Tali jam pula adalah dari silikon.

realme watch s

Dari segi fungsi, realme Watch S dimuatkan dengan pemantauan kadar degupan jantung, tidur dan oksigen dalam darah. Terdapat juga 16 mod sukan dengan tambahan terbaharu Stationary Bike dan Rowing Machine.

realme Watch S Diperkenalkan Dengan Rekaan Bulat Dan Pemantauan Oksigen Darah

realme Watch S juga mempunyai penarafan IP68 serta bateri 390mAh dengan ketahanan 15 hari. Buat masa ini, jam ini dijual pada harga PKR 14,999 (~RM389) di Pakistan sahaja.

Sumber: realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY