Telefon Semakin Membesar, Ini Senarai Peranti Kompak Untuk Penggunaan Mudah Sebelah Tangan

Walau segempak mana spesifikasi yang datang, ada antara kita yang tidak menghiraukannya disebabkan hanya satu perkara iaitu saiz yang terlalu besar.

Kapsyen: OnePlus 7 Pro - Saiz yang agak besar untuk sesetengah pengguna.


Tambah pula dengan rata-rata peranti masakini di pasaran mempunyai saiz yang semakin besar 6 inci ke atas yang menyusahkan penggunaan satu tangan.

Jadi, untuk yang mahukan rekaan comel dan kompak, mereka kekurangan pilihan dan terpaksa menggunakan juga peranti bersaiz besar.

Untuk itu, artikel ini akan membawakan anda beberapa pilihan sesuai untuk peranti kompak.

Syarat-syarat untuk peranti kompak yang akan dimasukkan dalam senarai adalah:

  • Skrin bersaiz 6 inci ke bawah

  • Tidak perlu import dan ada dijual dalam Malaysia


Kami akan membahagikan senarai kepada 3 kategori iaitu kelas mercu, pertengahan dan juga permulaan. Mudah sedikit dan lebih kena dengan pemilihan bajet masing-masing.

Pilihan Kelas Mercu/Premium


Tidak banyak peranti kelas mercu dengan skrin kompak. Dan yang paling penting untuk model Android, peranti bersaiz kompak ini tidak mampu menawarkan jangka hayat bateri yang panjang disebabkan kapasiti bateri yang rendah.

3. Pixel 4
Skrin: 5.7 inci, 1080p P-OLED
Cip Pemprosesan:
Snapdragon 855
RAM: 6GB
Storan: 64GB/128GB
Kamera: 12MP utama + 16MP sudut lebar
Swafoto: 8MP
Bateri: 2800mAh

Pixel walaupun kehadirannya untuk pasaran Malaysia tidak direstui dek ketiadaan set rasmi, ia masih merupakan peranti yang kompak.

Ini Alasan Google Mengapa Pixel 4 Tidak Menyokong 5G -

Ia hadir lengkap dengan perisian Android dari Google sendiri dan menyertakan ciri-ciri peranti mercu seperti kadar segar semula 90Hz, pengecasan tanpa wayar, pembesar suara stereo, serta lain-lain lagi.

Namun, ia dibelenggu masalah jangka hayat yang pendek disebabkan skrin yang tidak cekap tenaga dengan 90Hz itu. Tambahan lagi, baterinya agak kecil menjadikan ia tidak mampu bertahan lama.

Disebabkan Malaysia bukan pasaran rasmi peranti ini, fungsi biometrik Face Unlock tidak berfungsi langsung dan anda hanya ada alternatif sekuriti melalui kata laluan sahaja.

Jika anda tetap mahukan Face Unlock berfungsi, anda perlu root peranti, namun itu sudah masuk isu lain pula.

How the Pixel 4 epitomizes Google's hardware gamble | Computerworld

Akan tetapi, kekuatan peranti ini jelas sekali apabila dibandingkan dengan peranti pesaing. Kamera utamanya sangat cemerlang serta perisiannya bersih dan ringkas.

Tiada harga rasmi Pixel 4 di Malaysia, namun anda boleh membeli peranti ini dalam lingkungan harga RM2500 untuk set baru import.

Beli Pixel 4 di sini: https://invol.co/clyr48

2. Samsung Galaxy S10e
Skrin: 5.8 inci, 1080p AMOLED
Cip Pemprosesan:
Exynos 9820
RAM: 6GB
Storan: 128GB
Kamera: 12MP utama + 16MP sudut lebar
Swafoto: 10MP
Bateri: 3100mAh

Ketibaan Galaxy S10e ke pasaran seumpama bagaikan satu keajaiban. Ia hadir dengan spesifikasi mercu dari Samsung namun saiznya yang kecil membuatkan peranti ini sangat unik yang tiada pada pesaing lain.

Samsung Galaxy S10e hands-on: Big features in a smaller package ...

Ia merupakan adik-beradik paling kecil dalam siri Galaxy S10, namun kebanyakan ciri-cirinya masih masa dengan abang-abangnya yang mahal.

Skrin cantik, kamera yang baik, serta cip pemprosesan yang bagus. Namun, walaupun cipnya bagus, ia tidak setanding dengan versi S10e dengan Snapdragon 855 yang hadir untuk pasaran AS.

Prestasi untuk S10e versi tersebut lebih baik. Malah baterinya juga bertahan sekitar 1 jam setengah lebih lama.

Samsung Galaxy S10e Price in Malaysia & Specs - RM2199 | TechNave

Untuk kebanyakan orang, ia mungkin tidak menjadi masalah. Namun untuk yang mementikan nilai berbaloi dalam pembelian, sudah tentu mereka kurang berpuas hati dengan cip Exynos 9820 ini.

Untuk Samsung Galaxy S10e ini, anda boleh mendapatkannya pada harga sekitar RM2000 ke atas untuk set baru.

Beli Samsung Galaxy S10e di sini: https://invol.co/clyr4o

1. iPhone 11 Pro
Skrin: 5.8 inci, 1125p OLED
Cip Pemprosesan:
A13 Bionic
RAM: 4GB
Storan: 64GB/128GB/256GB
Kamera: 12MP utama + 12MP zum 2x + 12MP sudut lebar
Swafoto: 12MP
Bateri: 3046mAh

Mungkin antara peranti paling lengkap, hadir dengan ciri-ciri menyeluruh untuk sesebuah peranti pintar. Dengan kamera yang sangat bagus, skrin cantik, ketahanan bateri cemerlang, ia sangat mudah untuk disarankan pembeliannya.

Our Initial Impressions of the iPhone 11 Pro, a Big Update to ...

Disebabkan ia menggunakan perisian iOS, iPhone 11 Pro kurang mesra untuk digunakan oleh peminat tegar Android.

Salah satu tarikan utama peranti ini adalah cip pemprosesannya yang menawarkan prestasi sangat baik mahupun bertahun digunakan.

Ia juga merupakan iPhone yang paling lengkap buat masa ini dengan penawaran seperti peranti Android iaitu pengecasan tanpa wayar, skrin OLED, 3 kamera, rakaman 4K 60fps serta lain-lain.

Buy APPLE iPhone 11 Pro - 64 GB, Gold | Free Delivery | Currys

Harga jualan rasminya adalah RM4,899 namun jangan pula lupa dengan kehadiran iPhone 12 Oktober ini ya. Pun sama kompak juga.

Beli iPhone 11 Pro: https://invol.co/clyr5c

Pilihan Kelas Pertengahan


3. iPhone SE
Skrin: 4.7 inci, 750p LCD
Cip Pemprosesan:
A13 Bionic
RAM: 3GB
Storan: 64GB/128GB/256GB
Kamera: 12MP utama
Swafoto: 7MP
Bateri: 1821mAh

Bercakap tentang kompak, pasti ramai yang merujuk kepada model iPhone terbaharu dari Apple ini. Sememangnya betul ia merupakan peranti kategori kecil dengan skrin 4.7 inci.

eBay launches a new smartphone trade-in service with instant ...

Namun, disebabkan ia menggunakan rekaan yang sama sejak dari tahun 2014 lagi, pada tahun 2020 ini rekaan sebegini kelihatan agak ketinggalan untuk digunakan.

Walaupun begitu, ia hadir dengan cip pemprosesan pantas A13 Bionic yang sama pada siri iPhone 11. Ini menjadikan prestasi penggunaan harian dan juga permainan tidak mendatangkan masalah yang sama.

Kameranya sangat baik untuk harganya dan juga mempunyai ciri premium seperti pembesar suara stereo dan pengecasan tanpa wayar.



Akan tetapi, ia mempunyai satu masalah utama iaitu jangka hayat bateri yang alakadar. Namun untuk pengguna iPhone kecil lama yang sudah biasa dengan jangka hayat sebegini, mungkin mereka tiada masalah.

Harga jualan rasmi adalah bermula RM1999 dengan saiz 64GB.

Beli iPhone SE di sini: https://invol.co/clyr61

2. Xiaomi Mi 9 Se
Skrin: 5.97 inci, 1080p AMOLED
Cip Pemprosesan:
Snapdragon 712
RAM: 6GB/64GB,128GB
Kamera: 48MP utama + 8MP zum + 13MP sudut lebar
Swafoto: 20MP
Bateri: 3070mAh

Peranti ini merupakan model dalam siri Mi 9. Namun ia bersaiz kecil dan merupakan peranti penggunaan satu tangan yang kompak.

Xiaomi Mi 9 SE for $409.99 review: Practical 5,97″ Smartphone

Dari segi spesifikasi, ia menawarkan cip Snapdragon 712 serta RAM 6GB dan storan dalam sehingga 128GB.

Kameranya juga fleksibel dengan tambahan lensa zum atau sudut lebar serta swafoto 20MP.

Ia mempunyai skrin AMOLED yang cerah dan bahan binaannya juga agak premium dengan belakang kaca serta sisi aluminium.

Xiaomi Mi 9 SE - Notebookcheck.net External Reviews

Dari segi keseluruhan, ia mungkin peranti kompak agak lengkap, namun ia merupakan model pada tahun 2019. Jadi mungkin anda akan ada masalah untuk mencarinya pada tahun 2020 ini.

Harga jualan adalah sekitar RM1,200.

Beli Xiaomi Mi 9 SE di sini: https://invol.co/clyr6g

1. Pixel 4a
Skrin: 5.81 inci, 1080p AMOLED
Cip Pemprosesan:
Snapdragon 730G
RAM: 6GB
Storan: 128GB
Kamera: 12MP utama
Swafoto: 8MP
Bateri: 3140mAh

Peranti paling terkini dalam kesemua senarai iaitu Google Pixel 4a. Ia mempunyai spesifikasi cukup makan untuk sesebuah peranti kelas pertengahan yang tidak mendatangkan masalah jika digunakan.

Kapsyen: Gambar dari Android Authority


Tarikan utama peranti ini adalah ciri perisiannya iaitu dari Android asli dan juga kamera yang menyamai peranti yang jauh lebih mahal harganya.

Cip yang digunakan adalah Snapdragon 730G iaitu cip kelas pertengahan pada tahun 2019. Namun untuk penggunaan harian, ia masih lagi berkuasa.

Jika ada kekurangan, mungkin ia kurang mampu untuk bermain permainan dalam kualiti grafik yang tinggi.

Tambahan lagi, ia mempunyai kualiti bahan binaan yang agak asas dengan keseluruhannya diperbuat daripada plastik.

Walaupun kekurangannya jelas nyata, namun kekuatannya mengatasi kelemahannya iaitu sebuah peranti kompak yang mempunyai kamera cemerlang.

New Pixels—and new prices—are here

Tiada harga rasmi untuk set Malaysia, namun anda boleh mendapatkan Pixel 4a sekitar harga bawah RM2,000.

Pilihan Kelas Permulaan


Jika dibandingkan, peranti kelas permulaan merupakan senarai yang paling banyak dengan peranti kompak. Peranti kompak kelas ini mempunyai spesifikasi yang agak asas dengan RAM kecil 2GB atau 3GB.

3. Huawei Y5p - MediaTek Helio P22 / RM399
Skrin: 5.45 inci, 720p LCD
Cip Pemprosesan:
MediaTek Helio P22
RAM: 2GB
Storan: 32GB
Kamera: 8MP Utama
Swafoto: 5MP
Bateri: 3020mAh


Merupakan model dari Huawei, jadi ia seperti sedia maklum akan tiada servis Google dan digantikan dengan Huawei AppGallery.

Huawei Y5P Review: More than a basic smartphone - The Modern Creatures

Ia menjalankan cip MediaTek Helio A22 dengan 2GB RAM. Namun untuk harga yang ditawarkan, ia agak masuk akal tambahan lagi ia merupakan kelas permulaan.

Disebabkan skrinnya agak kecil dan juga resolusi rendah, bateri berkapasiti 3020mAh itu mampu bertahan dalam masa agak lama.

HUAWEI Y5p, 5.45" HUAWEI FullView Display, 2 GB Large storage ...

Harga jualan Huawei Y5p ini adalah pada RM399.

Beli Huawei Y5p di sini: https://invol.co/clyr71

2. Xiaomi Redmi 7a 
Skrin: 5.45 inci, 720p LCD
Cip Pemprosesan:
Snapdragon 439
RAM: 2GB
Storan: 32GB
Kamera: 12MP utama
Swafoto: 5MP
Bateri: 4000mAh


Xiaomi, iaitu jenama yang selalu hadir dengan peranti harga berpatutan untuk spesifikasi 'tinggi' pun ada untuk kategori kompak.

Redmi 7A Review | Trusted Reviews

Redmi 7a ini merupakan peranti kecil 5.45 inci dengan skrin hanya setakat HD. Namun cipnya agak berkuasa dengan 8 teras Snapdragon 439.

Tambahan lagi, baterinya berkapasiti besar menjadikan ia dengan mudah mampu bertahan 2 hari atau lebih.

Redmi 7A price: Redmi 7A review: Great smartphone experience for ...

Untuk harga jualan, ia dijual pada RM350. Amat berbaloi dengan harganya.

Beli Xiaomi Redmi 7A di sini: https://invol.co/clyr88

1. Nokia 4.2
Skrin: 5.71 inci, 720p LCD
Cip Pemprosesan:
Snapdragon 439
RAM: 3GB
Storan: 32GB
Kamera: 13MP utama + 2MP depth
Swafoto: 8MP
Bateri: 3000mAh

Harganya sedikit tinggi berbanding dengan peranti lain dalam senarai ini. Anda juga boleh mendapatkan peranti dengan spesifikasi lebih memuaskan dengan harga ini.

Nokia 4.2, 3.2, 1 Plus and 210 hands-on review: Nokia 3.2 hands-on ... Kapsyen: Gambar dari Gsmarena


Namun ia tidak sekompak Nokia 4.2 ini dengan skrin 5.71 inci. Ia hadir dengan RAM yang sangat sesuai jika anda mahukan lebih prestasi terutamanya untuk multi-kerja.

Kameranya juga hadir dengan 2 lensa belakang dengan tambahan 2MP depth untuk gambar potret.

Seperkara lagi, perisiannya bersih dan ringkas kerana Nokia menggunakan Android asli. Walaupun baterinya 3000mAh tidak sebanyak 4000mAh, ia bertahan lama disebabkan skrin hanya resolusi rendah.

Nokia 4.2 Price in Malaysia & Specs - RM545 | TechNave

Harga jualan Nokia 4.2 adalah sekitar RM600.

Beli Nokia 4.2 di sini: https://invol.co/clyrad

Kesimpulan


Mungkin anda akan berkata, spesifikasi yang ditawarkan tidak berbaloi dengan harga. Tapi ingat, artikel ini hanya menyenaraikan peranti dengan saiz kompak, dan bukanlah peranti paling berbaloi.

Jadi, berpandukan dengan senarai tersebut, adakah anda setuju dengan pemilihan kami?