Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelitup muka sirim

Penguatkuasaan Pelitup Muka Bukan Perubatan Dengan Tanda SIRIM Ditetapkan Bermula 1 Julai 2023

Diterbitkan Februari 22, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan tarikh penguatkuasaan baharu bagi Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 ditetapkan bermula 1 Julai 2023.

Berkaitan

  • Penguatkuasaan Tanda SIRIM Pada Pelitup Muka Bukan Perubatan Ditangguhkan
  • KPDN Perkenal Portal Menu Rahmah Dengan Direktori Lokasi Premis Jualan

Dengan penetapan tarikh penguatkuasaan baharu ini, ia memberi peluang kepada lebih ramai pengeluar dan pengedar untuk mendapatkan sijil penandaan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Selaras dengan perkara itu, KPDN juga akan mengadakan larangan import terhadap pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai standard perakuan.

Terdahulu, kementerian itu mengumumkan tarikh penguatkuasaan pada 7 Julai 2022, sebelum ditangguhkan sehingga 1 Januari 2023. Dalam tempoh tersebut, KPDN telah mengambil pendekatan pendidikan yang mana aktiviti penguatkuasaan dan tindakan hukuman tidak dilakukan kepada syarikat atau individu yang mengedar, mengeluar dan menjual pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai perakuan standard ditetapkan.

Sumber: KPDN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY