Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menu Rahmah_

KPDN Perkenal Portal Menu Rahmah Dengan Direktori Lokasi Premis Jualan

Diterbitkan Februari 20, 2023 ยท Dikemas kini Februari 20, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub telah melancarkan portal Menu Rahmah pada 18 Februari yang lalu.

Berkaitan

  • Kerajaan Sedang Bangunkan Aplikasi Menu Rahmah

Melalui portal Menu Rahmah, ia membolehkan peniaga mendaftar penyertaan mereka dan juga berfungsi sebagai direktori kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu Rahmah yang berdekatan.

Dimaklumkan, sejumlah 512 premis makanan di seluruh negara yang menawarkan Menu Rahmah boleh disemak melalui portal tersebut. Menerusinya, carian boleh dilakukan mengikut nama restoran, lokasi, negeri atau jenis premis dan sebagainya.

menu rahmah_2

Terdahulu, kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah di bawah inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga dan dilakukan secara sukarela, dengan menawarkan makanan tengah hari atau malam pada harga RM5 dan ke bawah.

Sumber: KPDN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY