Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
telco 5g malaysia

Penggunaan 5G Di Malaysia Meningkat 8 Kali Ganda, Cecah 253TB Sehari – DNB

Diterbitkan Februari 3, 2023 · Dikemas kini Februari 3, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Digital Nasional Berhad (DNB) pada 2 Januari lepas telah mengeluarkan kenyataan berkenaan kemajuan pelaksanaan 5G di Malaysia setakat 30 Disember 2022.

Seperti kita tahu, 5G di Malaysia mula digunakan dengan lebih ramai pengguna apabila Digi, Celcom, U Mobile dan Unifi telah mula tawarkannya secara rasmi pada November 2022.

yes 5g (4)

Yes pula sudah lama sediakannya bermula Disember 2021 namun pelanggannya tidaklah seramai syarikat-syarikat tadi. Bahkan hanya 3 kawasan mempunyai 5G waktu itu.

Namun, hingga hari ini iPhone tidak menyokong 5G Yes dan unifi. Jawapan daripada Yes berkenaan isu ini boleh dibaca di SINI.

Maxis pula belum menyediakannya kerana belum menandatangani perjanjian dengan DNB.

telco 5g malaysia

Dengan ketersedian 5G daripada 5 syarikat, penggunaan 5G meningkat sebanyak 8 kali ganda, daripada 32TB ke 253TB sehari dengan 90,000 pengguna serentak, setakat 30 Disember 2022.

Rangkaian 5G sekarang mempunyai purata kelajuan muat turun 376Mbps berbanding purata kelajuan muat turun 4G iaitu 35Mbps.

COPA ialah singkatan pada ‘coverage of populated areas’.

Liputannya juga telah mencecah hampir 50% liputan di kawasan berpenduduk (COPA) dengan sekitar 3,900 tapak setakat akhir 2022 sekali gus melepasi sasaran awal DNB sebanyak 40%.

Berkaitan

  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • 6 Kad Kredit Untuk Anda Yang Banyak 'Shopping Online'
  • DNB: Liputan Rangkaian 5G Di Malaysia Hampir Cecah 50%, Lepasi Sasaran Awal
  • DNB Perlu Jelaskan Pernyataan Berhubung Peratus Liputan Rangkaian 5G - Fahmi Fadzil
  • DNB Kongsi Beberapa Tanggapan Salah Terhadap Pelaksanaan Rangkaian Borong Tunggal 5G
  • Maxis Tangguh Perjanjian Akses 5G Dengan DNB
  • Yoodo Dan Tune Talk Dilihat Bersedia Menawarkan 5G

Jika anda ketinggalan, pelaksanaan 5G di Malaysia berbeza daripada 4G dan sebelumnya kerana kali ini, segala infrastruktur dibangunkan oleh DNB secara eksklusif dan telco tidak dibenarkan bangunkan infrastruktur 5G sendiri.

Jadi, syarikat telekomunikasi hanya menyewa perkhidmatan 5G itu dan menjualnya semula pada pelanggan. Kalau 4G dan sebelumnya dulu, infrastruktur dan sebagainya bebas dibangunkan sendiri oleh telco, tidak ada entiti seperti DNB.

u mobile u25 u35 5g

Oleh itu, kualiti dan liputan 5G di Malaysia sebenarnya tidak jauh beza saja walau apa telco apa pun anda pakai kerana ia sebenarnya disediakan DNB.

Yang berbeza antara telco hanyalah tawaran pakej dan harga. Untuk senarai pelan yang mempunyai 5G, anda boleh baca senarai INI.

Melalui jadual di bawah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Labuan nampaknya tiada dalam rancangan awal liputan 5G pada akhir 2022.

Penggunaan 5G Di Malaysia Meningkat 8 Kali Ganda, Cecah 253TB Sehari – DNB

Mengecewakan, syarikat telekomunikasi juga agak kedekut kerana tifak semua pelan mereka hadir dengan 5G. Digi contohnya langsung tidak tawarkan 5G pada pelanggan prabayar.

Yoodo dan Tune Talk juga nampaknya seperti sudah bersedia untuk umumkan ketersediaan 5G mereka.

Apakah anda sudah menggunakan 5G, jika ya, adakah anda berpuas hati?

Sumber: DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY