Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxis 5g

Maxis Tangguh Perjanjian Akses 5G Dengan DNB

Diterbitkan Januari 21, 2023 · Dikemas kini Januari 21, 2023 oleh Amalina Athman

Pada November 2022, Maxis memaklumkan pihaknya berhasrat untuk menyelesaikan proses kelulusan berkaitan 5G menjelang Januari 2023. Dinyatakan, adalah mandatori untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi memeterai Perjanjian Akses (AA) 5G dengan Digital Nasional Berhad (DNB), selaras Akta Syarikat 2016 dan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Terbaharu, Maxis melalui Bursa kini mengumumkan ia akan menangguhkan permohonan untuk mendapatkan kelulusan daripada pemegang saham bagi memeterai AA dengan DNB, sehingga kerajaan memuktamadkan dasar pelaksanaan 5G.

Berkaitan

  • PM Arah Perjanjian 5G Di Malaysia Dinilai Semula Atas Faktor Ketelusan
  • DNB Keluar Kenyataan Selepas Kontrak 5G Diarah Disemak Semula

Sebelum ini, kerajaan menyatakan bahawa ia akan mengkaji semula pelaksanaan rangkaian 5G nasional, dan menjangkakan bahawa dasar pelaksanaan rangkaian 5G akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri menjelang akhir suku pertama 2023.

Dalam pada itu, Maxis ketika ini merupakan satu-satunya rangkaian mudah alih (MNO) utama yang belum memeterai AA untuk menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini.

Sumber: Bursa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY