Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Windows Mendakwa Mereka Berdepan Masalah Imej Berwarna Oren Pula Apabila Tangkap Layar Dibuat

Pengguna Windows Mendakwa Mereka Berdepan Masalah Imej Berwarna Oren Pula Apabila Tangkap Layar Dibuat

Diterbitkan September 9, 2019 oleh ariff bukhari

Dipercayai ada kaitan dengan masalah dari kemas kini Windows 10 KB4512941.

Nampaknya pengguna Windows terus berdepan dengan masalah yang berpunca dari kemas kininya. Jika sebelum ini telah dilaporkan bahawa kemas kini Windows 10 KB4512941 telah menyebabkan kuasa pemprosesan utama (CPU) komputer mereka menjadi sangat tinggi.

Tetapi kali ini masih dari masalah versi kemas kini yang sama, pengguna Windows 10 mendakwa imej tangkap layar (screenshot) yang dibuat mereka telah menyebabkan imej tersebut menjadi warna oren.

Masalah tersebut tetap berlaku walau macam mana cara yang mereka gunakan bagi membuat tangkap layar pada skrin komputer mereka.

Beberapa pengguna yang menyedari masalah ini telah melaporkannya kepada pihak Microsoft.

” My screen turns red when I capture a screenshot. How can I turn it off? I haven’t changed any settings; yesterday it was fine. I tried using different snipping tools, and the regular PrtSc button. All red. I have the night mode off, and everything else is regular.”

Seorang lagi pengguna turut melaporkan masalah yang sama, “I am having the same problem, or maybe a bit worse. When I start Windows, the login screen looks good, but when I put my credentials and the desktop is shown, it gradually starts turning red. The only element that remains with the correct colour is the mouse pointer.”

Buat masa ini, cara bagi mengatasi masalah ini adalah pengguna dinasihatkan supaya mengemas kini pemacu perisian kad grafik komputer mereka kepada versi terbaru. Atau pengguna boleh buang sahaja kemas kini KB4512941 tersebut dari komputer mereka.

Setakat ini, pihak Microsoft masih belum respon terhadap aduan terbaru berkenaan masalah ini.

Sumber: MSPoweruser

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY