Belum ada sebarang respon dari pihak Microsoft.
Pihak Microsoft telah melepaskan kemas kini Windows 10 KB4512941 (Build 18362.329) kepada pengguna mereka pada 30 Ogos lalu. Kemas kini itu dilepaskan bagi membetulkan isu ciri keselamatan Windows Sandbox, masalah paparan skrin paa ciri Remote Desktop dan beberapa isu pepijat yang lain.
Walaubagaimanapun, terdapat pengguna Windows mendakwa selepas mereka mengemas kini kepada versi Windows 10 tersebut, mereka mendapati kuasa pemprosesan utama (CPU) mereka menjadi sangat tinggi.
Khususnya yang melibatkan ciri arahan suara Cortana yang ada pada sistem Windows 10.
“Cortana is consistently running above 35% CPU usage and 150 MB memory as reported by Task Manager, for at least one day now. Despite this fact, using the Search button next to the Start Menu pops up a dialog that will not display any items upon entering any search query, even after waiting for several minutes”. Dakwa seorang pengguna yang melaporkannya di laman rasmi Microsoft’s Feedback Hub.
Setakat ini, pihak microsoft masih belum respon terhadap masalah ini dan semakin ramai yang melaporkannya mereka turut mengalami masalah yang sama di laman Reddit Windows 10.
Sumber: Windows Latest
Berkaitan
- Kemas Kini Terbaru Windows 11 22H2 Menyebabkan Proses Salinan Fail Menjadi Lebih Lama
- Penggodam Yang Mencuri Data Kad Kredit Dari 106 Juta Pelanggan Capitol One Telah Berjaya Ditangkap Oleh Pihak FBI
- Rasmi, Windows 11 Akan Ditawarkan Kepada Semua Bermula 5 Oktober 2021
- Semua Versi Windows 10 1903 Akan Ditamatkan Pada 8 Disember 2020
- Microsoft Tawar Kemas Kini KB5008353 Untuk Pengguna Windows 11
- Penggodam Curi 10 TB Data Western Digital, Tuntut Bayaran '8 Angka'
- 100 Kata laluan paling lemah yang digunakan sepanjang tahun 2018
- Penyelidik Mendakwa Terdapat Kecacatan Keselamatan Kritikal Pada 100 Juta Telefon Pintar Samsung
- Kemas Kini Terbaru Windows 10 Build 18363.535 Ditawarkan Kepada Pengguna
- 10 Judul Permainan Ini Sering Digunakan Untuk Menyebarkan Perisian Hasad