Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Windows Jangan Terpedaya Dengan E-mel Palsu Kemas Kini Windows

Pengguna Windows Jangan Terpedaya Dengan E-mel Palsu Kemas Kini Windows

Diterbitkan November 20, 2019 oleh ariff bukhari

Membuka pautan e-mel itu akan menyebabkan komputer anda dijangkiti perisian hasad “Cyborg“.

Penyelidik dari Trustwave mendedahkan penyebaran e-mel palsu terhadap pengguna sistem operasi Windows yang meminta mereka mengemas kini sistem operasi komputer mereka dengan segera.

E-mel spam itu yang berbunyi “Install Latest Microsoft Windows Update now! Critical Microsoft Windows Update!” itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa ia adalah e-mel palsu yang bukan datang dari pihak Microsoft.

Menurut Trustwave, sekiranya pengguna klik pada pautan yang terdapat di dalam e-mel itu, pengguna sebenarnya sedang memuat turun fail bernama ‘bitcoingenerator.exe‘ yang mengandungi ransomware Cyborg.

Fail itu dimuat turun dari akaun Github bernama misterbtc2020 yang didapati penyelidik baru aktif beberapa hari lalu. Sekiranya Cyborg berjaya menjangkiti komputer mangsa, ia akan terus mengunci kesemua fail-fail yang ada di dalam komputer tersebut dengan meninggalkan mesej seperti “not-so-lucky” 777.

Pengguna Windows Jangan Terpedaya Dengan E-mel Palsu Kemas Kini Windows
Kredit: Trustwave

Oleh itu, pengguna Windows diminta berhati-hati terhadap e-mel yang diterima. Pastikan anda hanya menyemak kemas kini Windows anda dari dalam sistem Windows anda menerusi Windows Update sahaja atau dari laman rasmi yang berkaitan.

windows update
Settings > Update & Security > Windows Update > Check for updates.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY