Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CNET pixel 7 pro

Pengguna Pixel Lapor Isu Sejumlah Aplikasi Gagal Berfungsi

Diterbitkan Julai 19, 2023 · Dikemas kini Julai 19, 2023 oleh Amalina Athman

Sejumlah pengguna Pixel kini melaporkan isu aplikasi Android yang gagal berfungsi pada peranti itu.

Secara spesifik, isu tersebut memperlihat aplikasi Android ditutup serta-merta setelah dibuka pada Pixel 6 atau 7, yang mana ia dikatakan menjejaskan kedua-dua aplikasi Google dan pihak ketiga.

Berkaitan

  • Pengguna Google Pixel 6 Dan 7 Lapor Bateri Cepat Habis Lepas 'Update'
  • Google Akan Kenalkan Logo Android Bersama 'Wordmark' Baharu
  • Cip Google Tensor Dengan Teknologi 3nm TSMC Mungkin Diperkenal Pada 2025

Menurut 9to5Google, pihaknya turut mengalami isu yang sama. Ia kemudiannya dibetulkan dengan melakukan reboot pada Pixel 7 terjejas, yang menjalankan Android 13 QPR3 versi stabil dengan tampalan keselamatan Julai.

Akan tetapi, sebilangan pengguna masih mengalami isu tersebut walaupun melakukan restart. Sementara itu, seorang pengguna menyatakan ianya dibetulkan dengan menetapkan semula (reset) peranti dan memulihkannya daripada sandaran, yang mungkin bukan penyelesaian terbaik untuk sebilangan pengguna.

Pengguna yang terjejas menyatakan halaman kemas kini sistem tidak dimuatkan dengan betul, dengan hanya skrin putih yang muncul. Bagaimanapun, buat masa ini, masih belum jelas punca masalah tersebut.

Sumbr: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY