Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Kini Boleh Gunakan Facebook Dating, Pencabar Terbaru Bagi Tinder

Pengguna Kini Boleh Gunakan Facebook Dating, Pencabar Terbaru Bagi Tinder

Diterbitkan Mei 1, 2019 oleh Haikel Areff

Persidangan Facebook F8 sedang berlangsung di California, Amerika Syarikat ketika ini dan beberapa fungsi baharu bagi platform media sosial berkenaan sudah diperkenalkan.

Antara yang paling mendapat perhatian ialah Facebook Dating. Fungsi ini telah diuji sejak Ogos tahun lalu dan ia dikhabarkan bakal menjadi pesaing yang hebat buat aplikasi cari jodoh terkemuka, Tinder.

Pengguna Kini Boleh Gunakan Facebook Dating, Pencabar Terbaru Bagi Tinder

Pengguna di kebanyakan negara kini sudah boleh mula menggunakan fungsi tersebut selepas mengemaskini aplikasi Facebook di peranti mereka. Namun ia perlu diaktifkan secara manual.

Selepas mengaktifkan fungsi ini, pengguna akan dapat melihat pengguna lain dalam lingkungan jarak 100km yang turut sedang mencari jodoh menerusi Dating.

Pengguna Kini Boleh Gunakan Facebook Dating, Pencabar Terbaru Bagi Tinder

Berbeza dengan Tinder, Facebook Dating hanya memerlukan pengguna untuk menghantar mesej kepada calon jodoh mereka. Apabila penerima membalas mesej tersebut, mereka akan “disatukan” oleh aplikasi.

Selain itu, ia juga hadir dengan satu fungsi istimewa iaitu Secret Crush. Melaluinya, anda boleh menyenaraikan 9 pengguna yang anda minat dan sekiranya ada diantara mereka yang turut menyenaraikan anda sebagai crush mereka, anda berdua akan dijodohkan oleh Facebook Dating.

Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa fungsi ini dibangunkan bertujuan untuk membantu mereka yang bujang sahaja.

Bagi yang sudah berkahwin, amat tidak digalakkan untuk menggunakan fungsi ini kerana ia mampu mengancam keselamatan anda.

 

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY