Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bank Islam BIMB Mobile_1

Pengguna Kini Boleh Buka Akaun Bank Islam Melalui Aplikasi BIMB Mobile

Diterbitkan November 11, 2025 · Dikemas kini November 11, 2025 oleh Amalina Athman

Bank Islam kini memudahkan urusan pembukaan akaun melalui aplikasi BIMB Mobile, membolehkan pengguna mendaftar terus dari telefon pintar tanpa perlu mengisi borang atau beratur panjang di kaunter.

Melalui BIMB Mobile, pengguna boleh memilih jenis akaun yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Antara pilihan yang ditawarkan termasuk Qard Savings Account-i dengan deposit RM100 dan Basic Savings Account-i dengan deposit RM20.

Bank Islam BIMB Mobile_4

Untuk pembukaan akaun, pengguna perlu mempunyai MyKad dan melakukan proses di ruang yang terang dan cukup cahaya bagi memudahkan proses pengesahan wajah. Deposit awal perlu dibuat melalui Online Banking Wallet menggunakan akaun bank Malaysia atas nama pengguna sendiri.

Namun begitu, bagi yang tidak mempunyai mana-mana akaun bank Malaysia, pembukaan akaun masih perlu dilakukan di cawangan Bank Islam terdekat.

Bagi pelanggan sedia ada, Debit Card-i akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan. Sementara itu, pelanggan baharu buat masa ini perlu mengambil Debit Card-i di cawangan pilihan semasa pembukaan akaun.

Muat turun aplikasi BIMB Mobile melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Untuk butiran lanjut, layari laman rasmi BIMB Mobile.

Berkaitan

  • Tiada Lagi SMS OTP, Transaksi Kad Bank Islam Guna BIMB Secure Mulai 15 Julai
  • Bank Islam Kini Sokong Google Pay Di Malaysia
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • BIMB Mobile Naikkan Keperluan Minimum iOS, Android - Berkuat Kuasa 31 Disember

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY