Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android – Google

Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android – Google

Diterbitkan Oktober 15, 2026 · Dikemas kini Oktober 15, 2026 oleh ariff bukhari

Google kini berbangga apabila mendakwa peranti Android menawarkan perlindungan anti-penipuan terbina dalam yang lebih kukuh berbanding iOS tanpa memerlukan pengguna memasang aplikasi tambahan.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan hasil penilaian bebas yang dijalankan oleh Leviathan Security Group.

Malah bagi mengukuhkan lagi dapatan itu, Google turut bekerjasama dengan YouGov untuk menjalankan tinjauan melibatkan 4,500 pengguna telefon pintar.

Menariknya, dapatan tinjauan tersebut mendapati pengguna iPhone lebih cenderung melaporkan bahawa mereka pernah menjadi mangsa penipuan berbanding pengguna telefon Pixel.

Mereka juga lebih kerap menyatakan bahawa peranti mereka kurang berkesan dalam melindungi mereka daripada scam.

Menurut tinjauan itu, pengguna iPhone mempunyai kebarangkalian 87% lebih tinggi berbanding pengguna Pixel untuk menjadi mangsa penipuan mesej teks.

Selain itu, mereka 83% lebih cenderung terjerat dalam penipuan panggilan telefon, serta lebih 2 kali ganda menganggap peranti mereka “tidak berkesan langsung” dalam menyekat ancaman penipuan.

 

“Pengguna iPhone jauh lebih cenderung menyatakan kepada kami bahawa mereka telah menjadi mangsa penipuan dan peranti mereka langsung tidak “berkesan” dalam melindungi mereka daripada penipuan”, Google.

Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android – Google

Dapatan ini selari dengan penilaian Leviathan Security Group yang menguji keberkesanan perlindungan keselamatan terbina pada pelbagai peranti merentasi 31 ciri anti-penipuan.

Dalam penilaian tersebut, Google Pixel 11 Pro mencatatkan skor tertinggi dengan 29 mata, diikuti oleh Samsung Galaxy S26 (26.75) dan Motorola Razr 2026 (26).

Manakala Apple iPhone 18 Pro merekodkan skor terendah iaitu hanya 17.75 mata.

Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android – Google

Google baru sahaja memperkenalkan beberapa ciri keselamatan baharu diperkukuh dengan AI untuk Android yang direka khas bagi melindungi pengguna daripada penipuan telefon, mesej dan aplikasi komunikasi.

Google menyatakan perlindungan ini membantu pengguna mengenal pasti taktik scam yang semakin canggih.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Permainan Android Popular Dilapor Hantar Data Pengguna Ke Israel, China Dan Rusia – Kajian
  • Ribuan Telefon Android Murah Dikesan Sudah Dipasang 'Malware' Sebelum Dijual
  • Google Umum Ciri Keselamatan Baharu Untuk Pengguna Android Tangani Scammer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
©2026 WISER.MY