Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permainan Android Popular Dilapor Hantar Data Pengguna Ke Israel, China Dan Rusia – Kajian

Permainan Android Popular Dilapor Hantar Data Pengguna Ke Israel, China Dan Rusia – Kajian

Diterbitkan September 30, 2026 · Dikemas kini September 30, 2026 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Proton VPN mendedahkan, majoriti permainan Android percuma yang popular di Amerika Syarikat sebenarnya berfungsi sebagai rangkaian pengawasan global.

Daripada 100 permainan yang paling banyak dimuat turun, 81 daripadanya didapati berkongsi data dengan China, 71 dengan Rusia, 95 dengan Israel, dan 98 dengan negara Five Eyes yang terdiri daipada AS, UK, Kanada, Australia, serta New Zealand.

Permainan Android Popular Dilapor Hantar Data Pengguna Ke Israel, China Dan Rusia – Kajian
100 permainan mudah alih yang paling banyak dimuat turun di AS didapati menhantar data ke negara-negara di atas.

Secara purata, setiap permainan itu didapati mengandungi 29 penjejak dengan 7 daripadanya mengumpul lokasi pengguna secara langsung. di mana data peribadi pengguna kemudiannya dipindahkan secara tidak telus ke negara seperti China, Rusia, dan Israel. 

Menariknya, bukan sahaja permainan berasaskan lokasi seperti Pokémon Go, tetapi permainan mudah seperti teka-teki dan mewarna juga dilaporkan turut menjejaki kedudukan penggunanya.

Proton menyatakan, skala penjejakan ini sebagai amat besar.

Permainan Android Popular Dilapor Hantar Data Pengguna Ke Israel, China Dan Rusia – Kajian
Ini adalah 10 permainan percuma paling popular dimainkan pengguna di Amerika Syarikat.

Secara global, permainan-permainan tersebut telah dimuat turun hampir 20 bilion kali.

Proton VPN memberi amaran bahawa kebanyakan pemain tidak menyedari tahap skala penjejakan ini, apatah lagi data mereka berakhir di negara asing.

Laporan tersebut menyifatkan industri permainan mudah alih sebagai “rangkaian pengawasan yang licik” dengan ketelusan dan kawalan yang sangat lemah.

Proton VPN menyimpulkan, ini adalah harga yang perlu dibayar pemain.

Ekosistem permainan percuma bergantung pada penjualan data peribadi kepada rangkaian teknologi iklan.

Walaupun model keuntungan ini difahami, namun ramai pemain tidak menyedari skala penjejakan yang amat besar ini.

Ekoran itu, sebagai langkah perlindungan, Proton VPN mengesyorkan pengguna untuk menggunakan penyekat iklan yang menapis permintaan DNS, menjadikan domain penjejakan dan pengiklanan tidak dapat dicapai.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Kesilapan Google Menyebabkan Ribuan Aplikasi iPhone Tidak Berfungsi
  • Sony Perangi Scalper PlayStation 5 Pro, Kini Perlu Miliki Sekurang-Kurang 60 Jam Masa Bermain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android
©2026 WISER.MY