Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iPhone Lebih Banyak Habiskan Duit Tonton Drama Mikro Berbanding Pengguna Android

Pengguna iPhone Lebih Banyak Habiskan Duit Tonton Drama Mikro Berbanding Pengguna Android

Diterbitkan Ogos 11, 2026 · Dikemas kini Ogos 11, 2026 oleh ariff bukhari

Industri drama mikro (microdrama) kini menyaksikan peralihan menarik dalam corak monetize digital.

Bagi mereka yang masih belum tahu apa itu drama mikro, ia ialah format penceritaan bersiri yang mengutamakan paparan peranti mudah alih dengan episod yang sangat pendek (selalunya 1–5 minit).

Format ini direka pada hook yang kuat, babak tergantung dan rentak yang pantas untuk menarik penonton ke episod seterusnya dengan cepat.

Menurut laporan terkini daripada firma penyelidikan Omdia, pengguna iPhone secara konsisten membelanjakan kira-kira 40% lebih banyak untuk aplikasi drama mikro berbanding pengguna Android, dengan purata $14 (~RM61) berbanding $10 (~RM44) seminggu.

“Di kebanyakkan pasaran, pengguna iPhone sebenarnya lebih cenderung untuk membayar untuk kandungan dram mikro berbanding pengguna Android” kata Maria Rua Aguete, Ketua Media & Hiburan di Omdia.

Dapatan ini sekali gus menyanggah tanggapan bahawa drama mikro hanya diminati golongan berpendapatan rendah atau penonton khusus semata-mata.

Sebaliknya, kecenderungan pengguna iPhone untuk membayar menjadikan mereka segmen pasaran yang amat bernilai secara komersial.

Pengguna iPhone Lebih Banyak Habiskan Duit Tonton Drama Mikro Berbanding Pengguna Android

Trend perbezaan ini jelas kelihatan di beberapa negara. Di Korea Selatan, jurangnya paling ketara apabila 59% pengguna iPhone sanggup membayar berbanding 45% pengguna Android. 

Trend serupa turut dirakamkan di Brazil (48% iPhone, 39% Android) dan Jerman (49% iPhone, 44% Android).

Namun di Amerika Syarikat, peratusan penggunaan dan monetisasi didapati seimbang antara kedua-dua platform.

Omdia menegaskan bahawa kunci kejayaan jangka panjang bagi pembangunan aplikasi, pemilik kandungan, dan pengiklan bukan sekadar bergantung pada ‘siapa yang menonton’, tetapi ‘siapa yang sanggup membayar’.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Pengguna Terus Beli Model Baharu Melonjakkan Jualan iPhone
  • Robocop Menjalankan Sistem Windows Dan Terminator Pula macOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY