Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Di Asia Paling Ramai Beli TV Baru Menjelang Piala Dunia 2026

Pengguna Di Asia Paling Ramai Beli TV Baru Menjelang Piala Dunia 2026

Diterbitkan Jun 4, 2026 · Dikemas kini Jun 5, 2026 oleh ariff bukhari

Industri televisyen global mencatatkan peningkatan ketara pada suku pertama 2026 dengan penghantaran sebanyak 50.3 juta unit, naik 6% berbanding tahun sebelumnya.

Berdasarkan laporan Omdia, lonjakan ini didorong oleh persediaan besar-besaran menjelang Piala Dunia 2026, apabila peruncit meningkatkan stok untuk memenuhi permintaan yang melonjak.

Pertumbuhan paling pesat berlaku di Asia & Oceania yang menyaksikan peningkatan sebanyak 13% serta Amerika Latin (+12%).

Amerika Utara turut mencatatkan kenaikan (+11%), dipacu oleh promosi berkaitan Piala Dunia dan persaingan sengit antara peruncit, termasuk usaha Walmart mempromosikan Vizio OS.

Namun, pasaran di China didapati merosot walaupun terdapat langkah rangsangan awal.

Pengguna Di Asia Paling Ramai Beli TV Baru Menjelang Piala Dunia 2026

Dari segi harga pula, Omdia mendapati harga TV setakat ini masih kekal stabil walaupun kos memori meningkat ekoran persaingan sengit antara jenama.

TV dengan teknologi RGB LED muncul sebagai pesaing premium kepada OLED, dengan 39,400 unit dihantar pada Q1 2026.

TCL dan Hisense memacu penerimaan teknologi ini di China yang dijual jauh lebih murah dari pesaing sekali gus dijangkakan lebih banyak model akan dilancarkan.

Sepak mula Piala Dunia 2026 dijadualkan akan bermula pada 11 Jun 2026 ini.

Berkaitan

  • Sandisk Lancar Koleksi Rasmi Piala Dunia FIFA 2026™ Berbentuk Wisel
  • Pengguna Disyor Muat Turun Aplikasi RTMKlik Strim Semua Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY