Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone tiruan

Pengguna Dakwa Terima iPhone 15 Pro Max Tiruan Dari Apple

Diterbitkan November 15, 2023 oleh ariff bukhari

Seorang pengguna di Reddit baru-baru ini telah berkongsikan cerita menarik tentang bagaimana dia memesan iPhone baharu daripada Apple tetapi yang diterimanya adalah telefon pintar menyerupai iPhone yang dikuasakan Android.

Pengguna Reddit bernama “theEdmard” mendakwa, dia menerima peranti iPhone tiruan yang menjalankan antaramuka sistem operasi menyerupai iOS 17.

Dakwa Ed yang tinggal di UK, dia membuat tempahan iPhone 15 Pro Maxnya itu terus melalui Apple. Walaubagaimanapun, apabila dia menerima dan membuka kotak itu pada peranti itu, dia segera menyedari sesuatu yang tidak betul.

“iPhone” itu didapati tersedia dipasang dengan pelindung skrin yang tidak biasa untuk iPhone baharu.

iPhone tiruan

“Perkara seterusnya yang saya perhatikan apabila saya menghidupkannya, skrin itu tidak betul. Ia menerangi kawasan hitam dengan cara yang jelas bukan OLED dan bahagian bawahnya mempunyai ‘dagu,’ yang menunjukkan ini bukan telefon yang sepatutnya, “tulis Ed di Reddit.

Pengguna Dakwa Terima iPhone 15 Pro Max Tiruan Dari Apple

Pada ketika inilah dia menyedari bahawa telefon pintar yang dipegangnya itu bukanlah iPhone 15 Pro Max. Tetapi ia adalah telefon Android yang menyerupai seperti iPhone.

Ed mengatakan bahawa nombor penjejakan pada kotak yang diterimanya juga sepadan dengan apa yang ditunjukkan oleh tapak sesawang Apple.

Insiden ini jelas sekali menunjukkan, iPhone 15 Pro Max yang dipesan Ed telah ditukar dengan tiruan oleh seseorang sebelum pesanan akhirnya tiba di depan pintu rumahnya.

Ed bagaimanapun, berkata dia bercakap dengan pihak penghantar barang dan mereka bertegas itu bukan dilakukan pihak mereka.

Kes seperti ini bukanlah kali pertama berlaku. Baru-baru ini juga ini seorang pengguna TikTok pernah melaporkan insiden yang sama.

@tayyy.844

WATCH!! Watch out when I’m box for the new iPhone 15 pro max, brought from Apple, but has been tampered with in the post and been sent this shit, which is the powered by android🫤

♬ original sound – Tay boulding

Berkaitan

  • Cip iPhone 15 Pro Lebih Jimat Tenaga Berbanding Snapdragon 8 Gen 3 - YouTuber
  • Ini Senarai Tarikh Dan Model Telefon Pintar Galaxy Yang Akan Terima One UI 6.0
  • Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember

Sumber: Reddit, Mashable

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY