Penyelidik keselamatan dari Pradeo mengesan satu aplikasi pengesahan 2 faktor terbaru yang ditawarkan dalam Google Play Store sebenarnya membawa perisian hasad di dalamnya.
Aplikasi yang dikenali sebagai 2FA Authenticator itu dikesan membawa perisian hasad Vultur iaitu trojan yang tidak asing digunakan penjenayah siber untuk memasang perisian hasad secara diam-diam ke dalam peranti pengguna Android.
Penyelidik menerangkan selepas aplikasi 2FA Authenticator itu dipasang, ia akan mengutip data peribadi pengguna peranti tersebut. Kemudian ia akan memasang pula perisian hasad Vultur ke dalam peranti mangsanya.
Vultur menjadikan data-data sulit perbankan mangsanya sebagai sasarannya.
Sejak ia ditawarkan, aplikasi tersebut telah dimuat turun oleh lebih daripada 10,000 kali pengguna Android walaupun hanya berada selama 15 hari sahaja dalam Play Store.
Selepas dimaklumkan penyelidik di atas penemuan itu, pihak Google telah membuang aplikasi tersebut pada 27 Januari lalu.
Jadi, jika anda ada memasang aplikasi ini dalam telefon pintar Android anda, bolehlah buang aplikasi tersebut dengan segera.
Sumber:pradeo
Baca juga: Aplikasi Baru Ini Adalah Perisian Hasad Yang Merakam Aktiviti Skrin Peranti Android