Tipulah kalau pengguna PC tidak pernah memainkan permainan video (game) cetak rompak atau lebih mesra dikenali “game crack”. Namun, anda perlu berhati-hati selepas ini.
Hal ini kerana BBC News melaporkan dimana terdapat perisian hasad (malware) baharu bernama Crackonosh di dalam permainan cetak rompak. Apa yang dilakukannya adalah untuk melombong kriptowang daripada pengguna komputer.
Avast mendapati bahawa ia menjangkiti 800 komputer setiap hari. Malah, sehingga kini terdapat lebih daripada 10,000 ribu mangsa yang terjejas dan banyak didapati di Filipina, Brazil, India, Poland, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Berbalik pada Crackonosh, dikhabarkan penggodam telah menjana lebih US$2 juta Monero, iaitu sejenis kriptowang yang popular dalam kalangan penjenayah kerana ia lebih sukar dikesan berbanding Bitcoin dan seumpamanya.
Apabila perisian hasad itu sudah mula dipasang pada komputer, ia akan menutup kemas kini Windows dan menyahpasang (uninstall) perisian keselamatan.
Antara permainan video popular yang menjadi mangsa Crackonosh adalah termasuk GTA V, NBA 2K19, Pro Evolution Soccer 2018, Far Cry 5 dan banyak lagi.
Dalam pada itu, Avast telah mengeluarkan cara-cara bagaimana untuk membuang perisian hasad tersebut.
Baca juga – Twit Pertama Ini Dibeli Individu Dari Malaysia Dengan Nilai RM11.9 Juta
Baca juga – Penggodam Menggunakan Helah Terbaru Ini Bagi Menyebarkan Ransomware
Baca juga – 8 Aplikasi Android Ini Didapati Membawa Perisian Hasad Joker