Pengguna Aktif Facebook Menurun Sebanyak 50 Juta Bulan Ini

Menerusi satu kajian yang dibuat oleh We Are Sosial dan Hootsuite menunjukkan penurunan pengguna aktif akaun Facebook pada bulan ini. Ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana menurut mereka, analisis yang dibuat sebelum ini juga menunjukkan corak yang sama di pertengahan tahun sebelum ini.

Bilangan pengguna aktif akaun Facebook dilaporkan menurun sebanyak 2.5% berbanding bulan sebelumnya, iaitu kira-kira 50 juta pengguna. Namun, pada bulan lepas mereka mencatatkan rekod peningkatan sebanyak 1.968 bilion pengguna, jadi penurunan 2.5% bulan ini tidak membawa impak yang besar kepada syarikat gergasi media sosial itu.

Jika dilihat daripada paten dan corak sebelum ini, mereka turut mendakwa kejadian seperti berlaku setiap tahu dan mereka gelarkan fenomena ini sebagai 'seasonal blip'. Facebook dijangka akan kembali ke landasan pertumbuhan pada tanda aras 2 bilion pengguna aktif dalam beberapa minggu akan datang.

Dari sudut positif, pasaran Facebook dilihat meningkat terutamanya di US dengan peningkatan sebanyak 11 juta (peningkatan 5%) semenjak April 2017 yang menjadikan jumlah pengguna 230 juta. Manakala di Indonesia pula, dilihat peningkatan sebanyak 5% menjadikan jumlah keseluruhan kepada 117 juta pengguna aktif akaun Facebook menjelang hujung bulan ini.

Sumber