Penggodam tersebut merupakan bekas jurutera perisian komputer laman servis Amazon.
Semalam firma institusi kewangan Amerika Syarikat, Capitol One telah memaklumkan bahawa data sulit pengguna mreka telah digodam oleh penjenayah siber.
Jumlah pelanggan mereka yang terkesan dengan isu penggodaman data tersebut dikatakan adalah lebih daripada 100 juta pelanggan pemegang kad kredit Capitol One di A.S dan 6 juta pemegang kad kredit mereka di Kanada.
Selepas menyedari data pelanggan mereka telah digodam pada 22 dan 23 Mac lalu, pihak Capitol One bersama FBI telah menjalankan siasatan dalam usaha bagi menangkap pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan siber tersebut.
Akhirnya dilaporkan bahawa pihak FBI telah berjaya mengesan penggodam tersebut setelah penggodam itu mendedahkan sendiri maklumat inisden kecurian data tersebut pada akaun GitHub miliknya.
Ia sekaligus membawa kepada kejayaan penahanan suspek oleh FBI.
Suspek yang bernama Paige Thompson a.k.a erratic, berusia 33 itu adalah seorang wanita yang pernah bertugas sebagai jurutera perisian di laman servis Amazon. Dia juga turut pernah bekerja dengan Capitol One dari tahun 2015 hingga 2016.
Susulan daripada penangkapan itu, pihak berkuasa telah menggeladah dan merampas kesemua barangan elektronik miliknya untuk sisatan lanjut mereka.
Pendengaran pertuduhan ke atasnya dijadualkan akan berlangsung pada 1 Ogos ini di mana dia berdepan dengan tuduhan penyalahgunaan dan penipuan komputer yang membolehkan dia dihukum penjara sehingga 5 tahun dan denda sehingga USD250,000 jika disabit bersalah atas pertuduhan tersebut.
Capitol One merupakan firma kewangan ke-5 terbesar di Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengeluaran kad kredit, pinjaman kewangan dan perbankan.
Sumber: The Hacker News
Berkaitan
- Penggodam Eksploitasi Kelemahan Ciri Keselamatan Pelayar Firefox
- Penggodam China Disyaki Menyebarkan Perisian Hasad Yang Tidak Boleh Dibuang
- Penggodam Dakwa Berjaya Curi Data Bersaiz 450GB Dari Pelayan AMD
- Nokia 33 'Sekupang' Dijual Hampir RM20 Ribu Kepada Penggodam Untuk Mencuri Kereta
- Namewee Sahkan Akaun YouTubenya Digodam Penggodam Russia
- Penggodam Veteran 'Mudge' Ketuai Bahagian Keselamatan Twitter
- Penggodam Menggunakan Helah Terbaru Ini Bagi Menyebarkan Ransomware
- Penggodam Boleh Buat Salinan Data Daripada Bilik Kebal Kami - LastPass
- Google Telah Membayar Sebanyak USD6.5 Juta Kepada Penggodam Sepanjang 2019
- Sistem Rangkaian McDonald's Diserang Penggodam