Sebagai contoh, dengan hanya menggunakan sambungan Bluetooth yang ada pada telefon seperti Nokia 3310 atau lebih kita panggilnya sebagai 33 'Sekupang' dahulu, penggodam di Amerika Syarikat berupaya mencuri kereta hanya dalam masa kurang dari 15 saat.
Ia berdasarkan kepada video YouTube yang dikongsikan oleh Motherboard di akaun YouTube mereka berdurasi 27 saat yang menunjukkan seorang lelaki hanya menggunakan Nokia 3310 untuk menghidupkan kereta jenis Toyota Rav4.
https://youtu.be/oeJumGZ56CY
Lelaki itu berulang kali mengetuk butang di sebelah stereng di tempat duduk pemandu.
Pada awalanya, enjin gagal dihidupkan dengan lampu merah berkelip kerana dia tidak mempunyai kunci. Kemudian lelaki itu mengeluarkan telefon Nokia 3310.
Bersama kabel hitam, lelaki itu menyambungkan telefonnya itu pada kenderaan tersebut dan memilih beberapa pilihan pada skrin LCD kecil 3310 itu.
Paparan berbunyi dan memaparkan "SAMBUNG. DAPATKAN DATA." Dia kemudian cuba memulakan keretanya sekali lagi dan terus enjin keretra tersebut berjaya dihidupkan.
Seorang vendor ada yang menjual telefon Nokia 3310 pada harga 3,500 Euro (~RM17,000), manakala satu lagi mengiklankannya dengan harga 4,000 Euro (~RM19,450).
Menurut laporan Motherboard, teknologi seperti itu dijual dengan harga antara 2,500 Euro (~RM12,156) sehingga 18,000 Euro (~RM87,525) dengan banyak di laman gelap dan saluran Telegram bagi menggodam kereta-kereta mewah seperti Maserati, Land Cruiser, dan Lexus.
https://youtu.be/dmtSjjU98Q4
Menurut penyelidikan yang dibuat oleh Tindell dan Tabor, serangan itu dipanggil sebagai suntikan CAN (rangkaian kawasan pengawal).
Ia berfungsi dengan menghantar mesej palsu yang kelihatan seolah-olah mesej itu datang dari penerima kunci pintar kereta sebenar.
Isu asas kepada kelemahan keselamatan kenderaan moden ini adalah kenderaan itu mempercayai mesej ini tanpa mengesahkannya.
Pada masa ini, jenis kenderan yang terjejas adalah tidak terhad untuk serangan seperti ini.
Penyelidik Tindell menyatakan, satu-satunya cara bagi menangani isu ini adalah dengan memperkenalkan perlindungan kriptografi kepada mesej CAN yang boleh dilakukan menerusi kemas kini perisian.
{suggest}
Sumber: Motherboard
Berkaitan
- Nokia Dijangka Akan Perkenalkan Model Terbaru Telefon Pintar Nokia ‘Captain America’ Di MWC 2020
- Penggodam Curi 10 TB Data Western Digital, Tuntut Bayaran '8 Angka'
- Telefon Pintar Terbaru Nokia 3.2 Kini Di Malaysia
- Kelemahan Ciri Keselamatan 'Evernote Web Clipper' Menyebabkan Data Pengguna Mereka Berpotensi Diserang Penggodam
- Nokia Bersedia Memasang Rangkaian Telekomunikasi 4G Di Bulan
- Perisian Hasad Palsu Donald Trump Diguna Penggodam Bagi Menipu Mangsa
- Penggodam Russia Didapati Sedang Aktif Menyerang Sistem Linux
- Penggodam Yang Mencuri Data Kad Kredit Dari 106 Juta Pelanggan Capitol One Telah Berjaya Ditangkap Oleh Pihak FBI
- Penyelidik Mendapati Aplikasi Tersedia Dipasang Dalam Sistem Windows 10 Mendedahkan Penggunanya Kepada Penggodam
- Penggodam Dakwa Berjaya Curi Data Bersaiz 450GB Dari Pelayan AMD