Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Telefon Pintar iPhone Dan Android Dilaporkan Digodam Perisian Intip ‘Hermit’

Penggodam Dakwa Berjaya Curi Data Bersaiz 450GB Dari Pelayan AMD

Diterbitkan Jun 30, 2022 · Dikemas kini Jun 30, 2022 oleh ariff bukhari

Grup penggodam yang dikenali sebagai RansomHouse mendakwa mereka telah berjaya mencuri data bersaiz 450GB dari pelayan AMD (Advanced Micro Devices).

Grup penggodam itu berkata, mereka dengan mudah dapat mencuri data dari pelayan AMD kerana kata laluan yang digunakan sanagat ringkas.

Malah dakwa grup itu, ada pekerja AMD yang menetapkan kata laluan seringkas “password,” “123456,” dan “Welcome1” untuk akaun pekerja mereka.

Bagi membuktikan dakwaan tersebut, grup itu telah menerbitkan satu sampel data berkaitan penggodaman yang dilakukan mereka.

Ekoran daripada dakwaan penggodaman oleh grup itu, pihak AMD mengeluarkan kenyataan rasmi pada 28 Jun lalu bagi memaklumkan bahawa mereka sedar akan dakwaan insiden tersebut dan siasatan dalaman kini sedang dijalankan.

Sumber: RestorePrivacy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY