Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kekalkan Konsep Seperti SMS, Twitter Tidak Akan Sediakan Fungsi Suntingan

Penggodam Veteran ‘Mudge’ Ketuai Bahagian Keselamatan Twitter

Diterbitkan November 17, 2020 · Dikemas kini November 18, 2020 oleh ariff bukhari

Twitter dilaporkan telah melantik seorang penggodam veteran untuk mengetuai bahagian keselamatan platform media sosial tersebut.

Penggodam yang menggunakan nama samaran ‘Mudge’ atau nama sebenarnya Peiter Zatko adalah seorang yang amat berpengalaman dan dihormati dalam dunia penggodaman.

Looks like the cat is out of the bag.

I’m very excited to be joining the executive team at Twitter!

I truly believe in the mission of (equitably) serving the public conversation.

I will do my best! https://t.co/ZQkhYTXLQZ

— Mudge (@dotMudge) November 16, 2020

Pelantikan beliau ke dalam Twitter dilihat bagi menambah baik ciri keselamatan platform media sosial itu.

Dalam temu bual eksklusif bersama Reuters, Zatko berkata beliau akan dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan data, integriti laman dan platform, keselamatan fizikal dan lain-lain.

Sebelum bersama Twitter, beliau pernah bekerja dengan beberapa gergasi utama teknologi termasuk Google dan Pentagon di DARPA (Defense Advanced Research and Projects Agency).

Selain itu beliau juga adalah antara tokoh dalam kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Cult of the Dead Cow.

Kumpulan ini amat dikenali sekitar tahun 1990 kerana sering menyerang Windows dengan tujuan memaksa Microsoft menambah baik ciri keselamatan pada sistem operasi tersebu.

Terdahulu, Twitter menghadapi isu penggodaman keatas beberapa akaun verified dari beberapa organisasi dan individu terkenal seperti Bill Gates, Elon Musk dan Barack Obama. Akaun-akaun yang terkesan dilihat membuat ciapan mempromosikan penipuan Bitcoin.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY