Teknik ini boleh dilakukan melalui manipulasi cip pecutan (accelarometer) dan cip deria gerakan (motion-sensing) yang digunakan dalam pelbagai peranti elektronik termasuk telefon pintar, komputer riba dan tablet.
Penemuan baru-baru ini diterbitkan oleh seorang saintis keselamatan komputer dari University of Michigan dan Universiti South Carolina. Beliau memberi penerangan tentang kemungkinan bagaimana penggodam juga boleh mengekses sekuriti kereta dengan mudah melalui signal gelombang bunyi.
Kajian ini mendapati bahawa cip accelerometer yang boleh didapati dalam pelbagai peranti elektronik - boleh digodam menggunakan gelombang bunyi, melalui satu fail musik yang mengandungi “malicious” di peranti anda.
Apabila pengguna memainkan musik yang mengandungi virus tersebut, si penggodam boleh memanipulasikan peranti anda dan seterusnya mengambil alih kawalan peranti segali gus mengekses segala butiran atau perincian akaun bank dan sebagainya melalui gelombang bunyi.
Penggodam boleh memanipulasi gelombang bunyi yang dihasilkan oleh sebuah speaker. Teknik ini boleh menipu sensor dan menyebabkan cip pemprosesan untuk menerima signal yang salah.
Penyelidik juga mendapati bahawa mereka boleh menggodam 75% daripada 20 cip accelarometer yang telah diuji.
Lihat video dibawah untuk ketahui dengan lebih mendalam,
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Dfc3jZkcnLU[/embed]
Accelerometer merupakan instrumen yang mengukur pecutan dan sering dihasilkan sebagai peranti berasaskan cip silikon dikenali sebagai sistem mikroelektromekanik, atau MEMS.
Ianya digunakan untuk memandu arah seperti menentukan orientasi komputer tablet dan mengukur jarak yang dilalui dalam monitor kecergasan seperti jam pintar. Jadi tidak mustahil untuk penggodam mengeksploitasi fungsi or shall i say kelemahan yang dibawakan oleh accelerometer.
Sumber
Berkaitan
- SanDisk Umumkan Kad Memori 1-Terabyte Di Photokina 2016
- Google Play Music Akan Tampil Dengan Ciri Lebih Bijak Dan Kemas
- Sony Playstation 4 Kini Sedang Memasuki Fasa Terakhir Dalam Pusingan Jangka Hayatnya
- Samsung Galaxy Home Dirasmikan Dengan Fungsi Bantuan Pintar Samsung Bixby
- Vine 2.0 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai "Byte" Pada Tahun 2019
- Kemaskini Terbaru Apple Music Untuk Android Mempamerkan Rekaan Baru
- Pemilik Apple TV 4K Bakal Nikmati Sistem Audio Dolby Atmos
- Samsung Bixby, Pembantu Suara S8 Yang Mampu Belajar Sifat Pengguna
- Youtube Premium & Youtube Music Sudah Boleh Dilanggan #BuletinGajet
- Oppo A9 2020: Peranti Midrange Dengan Dual Dolby Atmos Speaker