Pengerusi TSMC Dedahkan Apa Jadi Jika China Ceroboh Kilang Mereka

Dunia sedikit kecoh apabila Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi mengadakan lawatan rasmi ke Taiwan, pertama kali dalam 25 tahun.

Hal ini kerana China yang sebelum ini telah memberi amaran terhadap AS, beberapa jam lalu mengumumkan akan melancarkan "siri operasi ketenteraan bersasar" sebagai tindak balas terhadap tindakan AS.

Dalam sebuah wawancara CNN dengan Pengerusi TSMC, Mark Liu berkongsi pandangannya terhadap isu ini.

Jelasnya, sekalipun tentera China merampas kilang TSMC, mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana ia akan lumpuh.



Operasi kilang akan terhenti kerana ia bersambung dengan rakan kerjasama dari serata dunia seperti Eropah, Jepun, AS secara masa-nyata (real time). Ini termasuklah bahagian pemprosesan bahan, alat ganti, perisian kejuruteraan, diagnosis dan banyak lagi.

Secara logiknya, pastinya banyak syarikat akan menghentikan sambungan (connection) mereka dengan kilang TSMC di Taiwan jika ada pencerobohan atau sempumanya.
"Tiada siapa boleh kawal TSMC secara paksaan," kata Mark.

Mark Liu mengakui pasaran China menyumbang pada 10% perniagaan TSMC namun ia adalah pasaran pengguna, bukan pihak ketenteraan negara itu.

Beliau juga menekankan jika China menyerang Taiwan, keburukan perang Rusia-Ukraine akan berulang sekali lagi di mana tiada pihak yang beruntung.

China sendiri akan mengalami kerugian kerana mereka turut bergantung pada produk elektronik daripada TSMC.



Menteri Hubungan Luar Taiwan Wang Me-Hua bersetuju dengan komen Mark dalam wawancara itu di mana seluruh ekonomi dunia turut 'lumpuh'.
"Sebab itu kami katakan jika apa-apa terjadi pada Taiwan, dunia akan rasa akibatnya," kata Wang.



TSMC antara pembekal terbesar semikonduktor di dunia di mana antara pelanggannya ialah Apple, AMD, Nvidia dan Intel.


John Kirby, jurucakap Majlis Keselamatan AS cuba meredakan keadaan dengan mengatakan polisi mereka mengenai kedaultan China terhadap Taiwan kekal sama.

Sumber: CNN,