Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8 Gen 1 2

Snapdragon 8 Gen 2 Binaan TSMC Dikatakan Selesai Isu Haba Melampau, Prestasi Lebih Baik

Diterbitkan Oktober 11, 2022 · Dikemas kini Oktober 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Peniris maklumat terkenal dalam industri, Ice Universe mengatakan bahawa cip yang akan dilancarkan kelak, Snapdragon 8 Gen 2 adalah lebih baik dibandingkan dengan Snapdragon 8+ Gen 1:

Dibanding dengan 8+ Gen 1, ia menawarkan:

  • 10% prestasi lebih baik
  • 15% lebih cekap tenaga
  • 20% prestasi GPU lebih bagus
  • 10% prestasi AI ditingkatkan
  • Prestasi cip ISP (cip untuk memproses imej) yang dipertingkat

Cip baharu ini dijangka rasmi seawal 15 November ini dalam acara Snapdragon Technology Summit di Hawaii, Amerika Syarikat.

Believe me Snapdragon 8Gen2 will have the best performance

— I'm back! (@UniverseIce) August 15, 2022

Selain itu, sumber juga mendakwa beberapa syarikat pengeluar telefon sudah mengujinya dan hasilnya memuaskan.

Untuk makluman, Snapdragon 8+ Gen 1 (4nm) dan 8 Gen 2 (4nm) dibina oleh syarikat Taiwan, TSMC manakala cip 8 Gen 1 (5nm) oleh Samsung.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Bajet 2023: e-Pemula Kekal, Golongan Belia Dan Pelajar Terima Jumlah Lebih Tinggi Kali Ini
  • Grup WhatsApp Kini Boleh Disertai Sehingga 1,024 Ahli
  • Dimensity 1080 Diperkenal MediaTek, Sokong Kamera 200MP
  • Ini Cara Ubah Paparan Notifikasi iPhone Pada iOS 16

Ramai berpuas hati dengan 8+ Gen 1 kerana ia juga hadir dengan peningkatan prestasi dan jimat bateri selain tiada isu haba seperti 8 Gen 1 yang dibangunkan Samsung.

Dalam pada itu, Xiaomi 13 mungkin jadi peranti pertama diperkenal menggunakan cip 8 Gen 2 kelak.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY