Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Taiwan Dapati Telefon Xiaomi Tapis Carian Pengguna Dan Hantar Data Ke Beijing

Posted on Januari 11, 2022Januari 12, 2022

Beberapa hari lalu, Suruhanjaya Komunikasi Negara di Taiwan (NCC) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mendapati telefon Mi 10T 5G keluaran Xiaomi boleh menapis carian pengguna dan menghantar data pengguna ke ibu pejabat di Beijing.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Lithuania menasihatkan rakyatnya untuk tidak menggunakan peranti buatan syarikat China tersebut dan membuangnya. Ini membuatkan NCC mula curiga dan mula menjalankan siasatan.

Suruhanjaya di Taiwan itu mendapati aplikasi MiAdBlacklisConfigur membolehkan peranti Xiaomi menyekat carian dan laman web berkaitan topik sensitif politik serta menghantar sejarah carian pengguna ke pelayan Xiaomi.

Antara frasa dan topik yang disekat ialah “Free Tibet”, “Taiwan independence” dan “independent media in Hong Kong” atau yang berkaitan pembunuhan beramai-ramai di Tiananmen Square, bekas presiden China seperti Hu Jianto dan Lee Teng-Hui, akhbar Liberty Times, parti politik seperti Chinese Nationalist Party (KMT) dan Democratic Progressive Party.

Xiaomi kemudian menghubungi NCC memberitahu bahawa Mi 10T untuk pasaran Taiwan berbeza daripada model yang dijual di Eropah. Xiaomi juga menyakinkan NCC bahawa peranti mereka tidak memantau atau menyekat komunikasi pengguna mahupun mengehadkan carian di internet.

Terang Xiaomi lagi, MiAdBlacklistConfig mengendalikan iklan untuk aplikasi Xiaomi dan melindungi pengguna daripada kandungan tidak senonoh dan sensitif. Ia sama dengan polisi pengiklanan Facebook dan Google.

Dalam pada itu, NCC juga mendapati Mi 10T juga tidak membenarkan pengguna mematikan ciri penjejakan seperti pengeluar lain. Jika anda menggunakan iPhone, pastinya sudah lazim dengan “Ask App Not To Track”.

Bagaimanapun, NCC akan terus melakukan siasatan terhadap Xiaomi Taiwan untuk mengetahui jika mereka menceroboh privasi pengguna serta akan memaklumkan pada agensi lain jika mendapati syarikat itu melanggar undang-undang.

Sumber:  Taipei Times

Baca juga:

  • 15 Tahun Dulu, Bekas CEO Microsoft Gelakkan iPhone
  • 5 Barang Xiaomi Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu
  • Kenali Apa Itu Matahari Buatan China, 10 Kali Ganda Lebih Panas Daripada Matahari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress