Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Intel Beli Syarikat Pembuat Cip Dari Israel Untuk Saingi Samsung Dan TSMC

Posted on Februari 17, 2022Februari 17, 2022

Intel sedang dalam proses membeli syarikat pengeluar semikonduktor dari Israel, Tower Semiconductor pada harga RM22 bilion ($5.4 bilion), umum syarikat itu baru-baru ini.

Pemilikian ini dipercayai adalah untuk mencapai cita-cita mereka iaitu memintas kedudukan syarikat Taiwan iaitu TSMC dan Korea Selatan, Samsung pada 2025 kelak yang kini bermaharajalela dalam sektor pembuatan semikonduktor.

Kedudukan Intel mula goyah selepas kelewatan mereka mengeluarkan cip binaan 10nm dan 7nm. Di waktu mereka masih bertungkus-lumus dengan cip 10nm, pesaing seperti TSMC telah mula mengedarkan cip 7nnm. Kini, kedua-dua syarikat Asia ini telah pun membangunkan cip 5nm.

Dengan kepakaran dalam mengeluarkan cip untuk kereta, sensor perubatan dan pengurusan kuasa, Pet Gelsinger, CEO Intel berkata teknologi Tower dan Intel adalah saling melengkapi.

Berikutan berita ini, saham Tower meningkat mendadak sebanyak 42% Isnin lalu.

Proses pemilikin ini dijangka selesai sepenuhnya dalam masa 12 bulan tertakluk pada kelulusan badan bertanggungjawab dan pemegang taruh Tower.

Intel pada bulan lepas mengatakan mereka bersedia untuk melabur sehingga $100 bilion to membina fasiliti pembuatan cip terbesar di dunia yang ditempatkan di Ohio. Ini adalah untuk mengukuhkan semula kedudukan mereka dalam sektor pembuatan cip dan mengurangkan kebergantungan syarikat Amerika terhadap pengeluar dari Asia.

Sumber: Reuters, CNBC

Baca juga:

  • Samsung Atasi Intel Sebagai Pemain Utama Industri Semikonduktor Tahun 2021
  • Siri RedMagic 7 Akan Dilancar, Ada Cip ‘Gaming’ Khas Dan Kamera Bawah Skrin
  • Kenali Intel 4004, CPU Pertama Di Dunia Tapi Dicipta Untuk Kalkulator

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress