Dengan lonjakan permintaan peranti semasa pandemik, pengeluaran semikonduktor di Taiwan dijangka melonjak ke paras tertinggi tahun ini. Ia adalah peningkatan terbesar dalam dekad ini.
Ia dijangka akan berkembang sebanyak 26% pada 2021, menurut laporan baharu yang diterbitkan oleh Pusat Strategi Antarabangsa Industri, Sains dan Teknologi, sebuah badan kerajaan Taiwan.
TSMC, sebuah pengeluar terbesar cip dunia berkata ia akan membina sebuah kilang baru di Kaohsiung yang bernilai sekitar 9 juta USD, menandakan industri elektronik kini berkembang dengan sangat pesat.
Bagaimanapun, masalah bekalan cip akan terus berkekalan sehingga 2022 kerana isu seperti wafer silikon 300mm dan lain-lain yang tidak berkembang seiring permintaan. Oleh sebab itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Taiwan menggalakkan syarikat dari Jepun untuk melabur di Taiwan memandangkan peralatan dan bahan yang digunakan pengeluar cip diperbuat dari Jepun.
"Kami amat menghargai hubungan kami dengan Jepun," kata Timbalan Menteri Ekonomi Taiwan, Chen Chern-chyi.
Lora Ho, naib presiden kanan TSMC untuk jualan Eropah dan Asia, turut sama menyeru pembekal Jepun untuk melabur dalam pengeluaran gas dan bahan cecair untuk industri semikonduktor di Taiwan.
Sumber: Nikkei
Sumber foto utama: Global Times
Baca juga:
Berkaitan
- Ini Senarai Model Samsung Dan Cip Yang Mungkin Digunakan Tahun Depan
- SK Hynix Jangka Permintaan Cip Memori Menurun Hingga Akhir Tahun
- Xiaomi 12 Dilancarkan - Cip Baharu, Skrin Padu
- Samsung Mula Edar Cip 3nm, Pelanggan Terawal Ialah Pelombong Kriptowang China
- Siri Xiaomi 12S Diperkenal, Cip Snapdragon 8+ Gen 1 Dengan Kamera Leica
- Snapdragon Rasmi Cip Khas Untuk Konsol, Kerjasama Dengan Razer
- Redmi Book Pro 15 2022 Diperkenal, Guna Cip Alder Lake Dengan RTX 2050
- MediaTek Dakwa Prestasi Dimensity 9000 Setanding Cip Apple A15
- 15 Daripada 23 Monyet Yang Otak Ditanam Cip Neuralink Didapati Mati
- Dua Cip Baharu Termasuk 'Flagship' Dijangka Lancar 20 Mei Ini Dalam Snapdragon Night