Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 display

Pengeluaran Panel Skrin iPhone 15 Dijangka Akan Bermula Seawal Jun Ini

Diterbitkan Mei 17, 2023 · Dikemas kini Mei 17, 2023 oleh Amalina Athman

Pengeluaran panel paparan iPhone 15 dilapor akan bermula seawal Jun bagi memastikan unit yang tersedia mencukupi menjelang akhir tahun ini.

Berkaitan

  • Ini Mungkin Rupa iPhone 15, Bezel Lebih Nipis Dengan Warna Baru
  • Lensa Periskop Sekali Lagi Dikatakan Hanya Eksklusif Untuk iPhone 15 Pro Max
  • iPhone 16 Pro Dilapor Bawakan Saiz Skrin Terbesar Dalam Sejarah iPhone
  • Mac City Sedang Adakan Jualan 'Ex-Demo' iPhone, MacBook, iPad Dan iMac

Penganalisis Ross Young berkata, kedua-dua iPhone 15 dan iPhone 15 Pro dijangka mempunyai “pendahuluan awal dalam jumlah”, yang menunjukkan bahawa Apple menjangkakan permintaan yang lebih tinggi untuk model ini.

Persediaan untuk pengeluaran iPhone 15 dilaporkan bermula pada bulan Januari, tetapi pengeluaran besar-besaran biasanya hanya akan bermula antara Jun dan Julai.

Terdahulu, Young mengatakan kesemua model iPhone 15 akan dimuatkan ciri Dynamic Island, tidak hanya untuk model Pro.

Sementara itu, model Pro akan mengekalkan paparan saiz yang sama seperti generasi semasa, tetapi dengan bezel yang lebih nipis. Juga, teknologi premium seperti ProMotion, yang membolehkan kadar penyegaran sehingga 120Hz, akan kekal eksklusif untuk model Pro.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY