Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Dikatakan Mahu Mengeluarkan Telefon Boleh Lipat Pada Tahun Hadapan

Pengeluar Utama Cip Pemprosesan Dilaporkan Turut Memutuskan Hubungan Dengan Huawei

Diterbitkan Mei 21, 2019 · Dikemas kini Mei 21, 2019 oleh ariff bukhari

Intel, Qualcomm dan pengeluar utama cip pemprosesan lain turut sama bersama Google dengan tidak lagi menjalankan sebarang bentuk perniagaan bersama Huawei.

Huawei, terus menerima berita buruk apabila para pembekal utama perkakasan elektronik yang lain telah turut sama bersama kerajaan Amerika dengan tidak lagi menjalankan sebarang urusan perniagaan dengan mereka.

Bloomberg melaporkan, pengeluar cip pemprosesan seperti Intel, Broadcom, Qualcomm serta beberapa pembekal utama perkakasan elektronik lain dikatakan telah memutuskan sebarang kerjasama atau bentuk perniagaan dengan Huawei serta-merta.

Tindakan drastik yang diambil mereka itu adalah susulan daripada tindakan Google menarik hak lesen Android yang dimiliki Huawei.

Ia juga akibat daripada tekanan daripada Presiden Amerika, Donald Trump selepas kerajaan AS menzahirkan kerisauan peranti milik syarikat gergasi China itu berkemungkinan digunakan oleh kerajaan China untuk merisik rangkaian di Amerika.

Berdepan dengan sekatan daripada Google itu, Huawei didakwa telah sedia untuk melancarkan sistem operasi yang dibangunkan mereka sendiri bagi peranti-peranti pintar keluaran mereka.

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada makluman rasmi daripada pihak Qualcomm, pengilang yang menghasilkan cip pemprosesan bagi peranti Huawei sama ada mereka akan memberhentikan sepenuhnya daripada membangun dan membekalkan cip pemprosesan mereka kepada Huawei ataupun tidak.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY