Laporan: Google Tarik Lesen Android Huawei, Telefon Model Baru Keluaran Huawei Selepas Ini Mungkin Tiada Akses Ke Play Store

Reading Time: 1 minute

Dalam perkembangan terbaru isu Amerika Syarikat dan pengeluar telefon Huawei, Google dilihat mengambil tindakan drastik apabila menarik lesen Android yang dimiliki Huawei, lapor beberapa portal berita antarabangsa.

Susulan keputusan itu, Huawei kini hanya boleh menggunakan Android Open Source Project (AOSP), yang bermakna telefon pintar keluaran Huawei selepas ini mungkin akan hilang akses terhadap servis-servis Google seperti Play Store, Youtube ataupun Gmail, lapor sumber Reuters. Ini juga turut bermakna Huawei juga turut terbatas untuk mengeluarkan kemaskini terhadap telefon pintar mereka.

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada penarikan lesen ini akan memberi batasan penuh terhadap Huawei. Google masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi susulan keputusan terbabit.

Huawei mendapat tekanan hebat dari presiden Amerika, Donald Trump selepas kerajaan AS menzahirkan kerisauan peranti milik syarikat itu berkemungkinan digunakan oleh kerajaan China untuk merisik rangkaian di Amerika.

Engadget melaporkan, apa servis-servis Huawei yang bakal dibuang masih dalam perbincangan namun apa yang pasti adalah Google akan memotong semua kerjasama dan sokongan teknikal berkaitan Android yang diberikan secara terus kepada Huawei.

Engadget juga berkata mereka turut difahamkan bahawa kemaskini untuk servis-servis Play dan aplikasi masih akan berjalan memandangkan Google tidak perlu berinteraksi langsung dengan Huawei.

Sumber: ReutersEngadget

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *