Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengecas MagSafe iPhone 12 Dijual Berharga RM179 Di Malaysia, Namun Masih Belum Boleh Dibeli Lagi

Pengecas MagSafe iPhone 12 Dijual Berharga RM179 Di Malaysia, Namun Masih Belum Boleh Dibeli Lagi

Diterbitkan November 6, 2020 oleh Meor Hasyim

Bermula hari ini, iPhone 12 telah pun boleh dipra-tempah. Sehubungan dengan itu, Apple turut menyenaraikan harga jualan aksesori telefon tersebut di laman rasmi mereka.

Antara aksesori utama untuk iPhone 12 adalah MagSafe, ia merupakan pengecasan tanpa wayar magnetik. Namun begitu, Apple tidak menyertakan pengecas ini dalam kotak iPhone 12.

Pengecas MagSafe iPhone 12 Dijual Berharga RM179 Di Malaysia, Namun Masih Belum Boleh Dibeli Lagi

Jika anda berminat untuk menggunakan teknologi ini, anda harus membelinya secara berasingan.

Untuk anda yang berminat untuk memiliki pengecas MagSafe ini, Apple telah menyenaraikannya dengan harga RM179. Akan tetapi, ia masih belum boleh dibeli secara rasmi dan anda perlu menunggu Apple mengumumkan jualannya pada masa akan datang.

Pengecas MagSafe iPhone 12 Dijual Berharga RM179 Di Malaysia, Namun Masih Belum Boleh Dibeli Lagi
Harga rasmi MagSafe

Jika anda menggunakan pengecas MagSafe ini, iPhone 12, iPhone 12 Pro, dan iPhone 12 Pro Max akan dicas selaju 15W. Tetapi untuk iPhone 12 mini, kelajuan telah dihadkan kepada 12W sahaja.

Antara aksesori MagSafe lain yang boleh dibeli adalah sarung perlindungan dengan harga bermula RM219, dan mencecah sehingga RM549.

Jika berminat, boleh ke pautan laman rasmi aksesori iPhone 12 di sini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY