Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Penganalisa: Miliki iPhone Atau iPad Menunjukkan Anda Seorang Yang Kaya

Posted on Julai 10, 2018Julai 10, 2018

Kebanyakkan dari kita gemar melabel pengguna iPhone atau iPad sebagai “orang kaya”, “orang ada-ada”, “bangsawan” hanya kerana mereka menggunakan peranti yang dijual pada harga premium itu.

Ia mungkin sekadar gurauan kita terhadap rakan-rakan namun satu kajian telah dijalankan dan hasilnya menunjukkan perkara itu benar.

Kajian yang dilakukan oleh University of Chicago disertai oleh Marianne Bertrand dan Emir Kamenica.

Analisa dibuat berdasarkan data pada tahun 2016 dan memberi petunjuk bahawa pemilik iPhone di Amerika Syarikat tergolong daripada golongan berpendapatan tinggi.

IPhone memang cukup terkenal dengan tanda harga yang agak tinggi berbanding Android tetapi bagaimana pula situasinya di Malaysia? Adakah anda bersetuju iPhone boleh menjadi kayu pengukur kekayaan seseorang itu?

Sumber: NBER via Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress