Hal ini boleh dilihat dengan kehadiran rekaan takuk pada bahagian skrin yang menempatkan lensa kamera hadapan. Rekaan tersebut mula menjadi topik perbualan ketika iPhone X diperkenalkan, dimana rata-rata pengguna telefon pintar berasa sedikit ternganggu.
Tidak mahu kelihatan terbawa-bawa dengan rekaan takuk, dua model iaitu Vivo NEX dan OPPO Find X tampil dengan teknologi kamera hadapan yang boleh digerakkan keluar dan kedalam. Menerusinya, layar paparan tanpa takuk lebih luas dapat diberikan kepada pengguna.
Mungkin ada yang beranggapan Apple akan mengikut jejak langkah dua jenama terbabit, tetapi berdasarkan pendapat oleh penganalisa, Horace Dediu, iPhone patut mengekalkan rekaan biasa tanpa teknologi terbabit.
"Tidak, saya tidak rasa iPhone akan menggunakan komponen yang boleh digerakkan."
Menurut Dediu, walaupun kewujudan teknologi kamera hadapan bergerak boleh meningkatkan keluasan skrin paparan, ia dilihat boleh menimbulkan masalah dikemudian hari. Bahagian kamera yang bergerak itu sudah semestinya mempunyai jangka hayat yang tertentu. Disamping itu ia turut terdedah dengan beberapa masalah lain seperti masalah dimasuki air atau habuk dan sudah pasti ia bakal merumitkan keadaan.
Beliau turut menambah bahawa walaupun nisbah skrin-ke-badan dapat ditingkatkan apabila menggunakan kamera bergerak, ia mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Pendapat yang diberikan Dediu bertentangan dengan promosi Vivo NEX dan juga OPPO Find X dimana kamera hadapan yang boleh bergerak itu mampu bertahan dari habuk dan air. Selain itu, OPPO turut meyakinkan pengguna bahawa teknologi kamera bergerak itu sudahpun menjalani ujian lebih daripada 30,000 kali, kira-kira 150 kali penggunaan seharian.
Andai kata iPhone menggunapakai mekanisma kamera hadapan yang sama dipraktikkan oleh Vivo dan OPPO, adakah anda berminat untuk memilikinya? Apa pendapat anda?
Berkaitan
- Galaxy Buds 2 Kini Rasmi, ANC Mampu Tapis Sehingga 98% Bunyi Sekeliling
- Mi Mix 2S Turun Harga, Boleh Dimiliki Pada Nilai RM1399
- Bukan Lagi Khabar Angin, Google Pixel 2 Sah Hadir Di Pasaran Tahun Ini
- Samsung Hentikan Kemaskini Oreo Galaxy S8 Dan S8+
- Xiaomi Malaysia Adakan Penstriman Langsung Poco F2 Pro 10 Jun Ini
- Gambar Ini Dikatakan Imej Rasmi Samsung Galaxy Note 10
- Samsung Keluarkan Poster Membandingkan Markah DxOMark Galaxy S10+ Dan Huawei P30 Pro
- Apple Tidak Gunakan Sapphire Crystal Asli Pada Lensa Kamera IPhone?
- Peranti Xiaomi Dengan Sokongan Pengecasan 45W Dikatakan Sudah Dapat Pengesahan Badan Piawaian Di China
- OPPO Reno4 Dijadualkan Pelancarannya 5 Jun Ini