Akan tetapi, ia juga muncul sebagai salah satu permainan yang sering dihimpit kontroversi akibat kesan buruk yang diberikan kepada pemain.
Jika sebelum ini ada yang bercerai dan bunuh diri kerana PUBG, terbaru, Times of India melaporkan seorang pemuda dari India nyaris maut apabila terminum asid ketika sedang leka ber-PUBG.
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira sebulan yang lepas itu, pemuda berusia 25 tahun tersebut secara tidak sengaja meminum asid tersebut selepas didakwa tersilap kerana menganggap ia adalah sebotol air mineral.
Menyedari kejadian itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan segera dan dilaporkan sudah pun pulih sepenuhnya.
Ironinya, menurut doktor yang merawat beliau, lelaki tersebut masih lagi leka dan sering menghabiskan waktu bermain PUBG Mobile ketika sedang dalam proses rawatan di hospital berkenaan.
Ini merupakan antara kes-kes terbesar melibatkan PUBG atau PUBG Mobile yang berlaku di India.
Sebelum ini, seorang kanak-kanak dari Mumbai telah meminta mahkamah mengharamkan PUBG kerana mendakwa permainan tersebut banyak memberikan keburukan.
Selain itu, seorang remaja 18 tahun dari India dikatakan telah membunuh diri selepas ibu bapanya enggan membelikan peranti mahal untuknya bermain PUBG Mobile.
Di kesempatan ini, suka kami ingatkan para pembaca supaya tidaklah berlebih-lebihan dalam bermain games mahupun melakukan apa sahaja hobi agar tidak mendatangkan kesan buruk kepada diri sendiri di masa hadapan.
Sumber: Times of India
Berkaitan
- [VIDEO] Motorola Memperkenalkan Moto Z2 Force Dan Kamera 360 Moto Mod
- Facebook Sedang Menguji Ciri Instant Video - Jimatkan Data Internet Untuk Tonton Video
- Cyberjaya eSports League Tawar Hadiah Sehingga RM30,000 Kepada Pemain ML, PUBG Mobile, FIFA 19 & PES 19
- U Mobile Tawar Data Dan Panggilan Tanpa Had Bersama iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus.
- Video Trailer Avengers: Endgame Dikeluarkan, Tampilkan Captain Marvel
- Konami Keluarkan Video Trailer Rasmi Bagi Permainan Video PES 2019
- PUBG Mobile Beri Amaran Kepada Fortnite
- Jam Pintar Terbaru Huawei Mampu Merevolusi Dunia Permainan Video Mudah Alih
- [Video] iPhone X Dipisahkan- Dilihat Apple Memuatkan 2 Bateri Ke Dalam iPhone X
- Akhirnya Syarikat PUBG Saman Pengeluar ROS