Pemuda Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Lebih Dari 60kg Dengan Bermain Pokemon Go

Menghabiskan masa berjam-jam untuk bermain aplikasi permainan bukanlah suatu perkara yang baik. Namun siapa yang menyangka dengan cara itu, seorang pemuda berjaya mengurangkan berat badannya.

Menerusi temubual bersama Cult of Mac, Tommy Monkhouse berterima kasih kepada aplikasi Pokemon Go kerana berjaya menjadikan hidupnya lebih sihat dan gembira. Menurut Tommy, beratnya berjaya diturunkan lebih daripada 63kg dalam masa setahun. Jumlah itu diperoleh setelah beliau keluar berjalan untuk bermain Pokemon Go.

Idea ini timbul setelah seorang rakan mengesyorkannya untuk bermain Pokemon Go yang mana pada ketika itu, Tommy masih buntu untuk mencari cara mengurangkan berat badan. Awalnya Tommy hanya mahu bermain selama 20 minit tetapi pada hari pertama, beliau menghabiskan 3 jam untuk mencari Pokemon.

https://www.youtube.com/watch?v=xTgl9p6tyUw&feature=emb_title

Bagi anda yang tidak mengetahui langsung mengenai Pokemon Go, ia sudahdiperkenalkan sejak 2016 lagi. Ia merupakan aplikasi permainan dengan ciri realiti terimbuh (Augmented Reality) yang menggabungkan dunia maya dan sebenar. Pemain perlu mencari Pokemon dan menangkapnya pada lokasi sebenar. Ia menjadi kegilaan ramai 4 tahun lepas dan sehingga kini ia berjaya meraih pendapatan tertinggi sejak diperkenalkan.

Sumber: Cult of Mac